George Town – Gara-gara berselisih faham berhubung urusan menarik kereta yang terbabit kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini, kira-kira 20 lelaki bergaduh sesama sendiri sehingga menarik perhatian pengguna jalan raya lain semalam.
Kejadian kira-kira pukul 2 petang itu turut tular di media sosial selepas rakaman orang awam dimuat naik ke aplikasi WhatsApp dan Facebook. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kejadian itu berlaku selepas sebuah lori membawa muatan mozek dan dua buah kenderaan lain terbabit kemalangan di laluan menghala pusat bandar. “Hasil siasatan, pergaduhan tersebut melibatkan sekumpulan individu kira-kira 20 orang terdiri dari pekerja-pekerja penarik kereta berpunca daripada perselisihan faham berkaitan urusan menarik kenderaan-kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya berkenaan. “Anggota polis yang berada di lokasi kejadian cuba meleraikan pergaduhan tetapi gagal dan seterusnya mendapatkan bantuan dari anggota polis Cawangan Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, ketika anggota MPV dan URB sampai di lokasi kejadian, kesemua individu berkenaan telah melarikan diri. “Setakat ini, lima lelaki warga tempatan berumur antara 26 hingga 50 tahun telah ditangkap di sekitar George Town. “Pihak polis turut merampas senjata yang digunakan dalam pergaduhan tersebut iaitu topi kaledar dan pengunci motosikal,” katanya lagi. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (kesalahan merusuh dengan senjata). – CARI Sumber: Kosmo
|
kucingitam replied at 27-1-2022 01:11 PM
tapi yg aku pelik drg ni sekelip mata je blh sampai..mcm jatuh dari langit
rikiruj replied at 27-1-2022 12:35 PM
Geng2 ulat accident & tow truck ni jgn main2… very protective area depa. Aku dulu call insuran pun ...
Skuau: Edited by Skuau at 27-1-2022 ...
bulalof replied at 27-1-2022 02:14 PM
semua perniagaan ada link dgn gangster. persoalannya, pihak berkuasa takde buat apa2 ke?
bulalof replied at 27-1-2022 02:14 PM
semua perniagaan ada link dgn gangster. persoalannya, pihak berkuasa takde buat apa2 ke?
rikiruj replied at 27-1-2022 12:35 PM
Geng2 ulat accident & tow truck ni jgn main2… very protective area depa. Aku dulu call insuran pun ...
ADVERTISEMENT