George Town– Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengingatkan semua pengguna jalan raya agar tidak memberhentikan kenderaan masing-masing di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan mereka.
Selain itu, MBPP menerusi kenyataannya menyeru pengguna agar menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah merata-rata di kawasan itu. “MBPP berharap agar semua pengguna jalan raya tidak memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Berkembar, Jalan Paya Terubong (Jalan Bukit Kukus) demi keselamatan. “Mereka juga diseru agar menjadikan tabiat membuang sampah di tempat yang betul sebagai sebahagian daripada amalan dan etika yang boleh dibanggakan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai situasi di Jalan Bukit Kukus yang dipenuhi sampah sarap yang dibuang pengguna jalan raya yang berhenti di situ. Loading FB Post... Laluan itu adalah alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam untuk berhubung dengan kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan kawasan sekitarnya serta baru sahaja dibuka kepada umum 13 Januari lalu. Kenyataan itu juga berkata, para petugas pembersihan telah dikerahkan untuk membersihkan segera sampah sarap yang telah dibuang sewenang-wenangnya di Jalan Bukit Kukus semalam. “MBPP berasa kesal dengan sikap sesetengah para pengguna jalan raya yang tanpa segan silu membuang sampah keluar dari kenderaan semasa memandu. “Ada juga sikap yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan keselamatan dengan memberhentikan kenderaan di bahu Jalan Bukit Kukus untuk berswafoto pemandangan indah dan meninggalkan sampah sarap,” katanya. Tambahnya, kelakuan seumpama itu seolah-olah tidak menghormati keindahan alam sekitar dan juga keselesaan para pengguna yang lain. -CARI Sumber: kosmo
|
edayildiz replied at 30-1-2022 04:24 PM
ckp psl takde kesedaran sivik..ada sekoq ni jiran kt kondo..i selalu terjmpa sampah gula2 la...bnda2 ...
ADVERTISEMENT