CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Duit Hampir RM8 Ribu Sebulan, Jual Video Pada Lelaki Suka Tengok Wanita Obes

27-1-2022 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1681| Komen: 9

London – Seorang wanita dengan berat badan 222.25 kilogram menjana pendapatan lebih £1,500 (RM8,496) sebulan kerana kaum lelaki suka melihatnya tersekat pada pintu dan di dalam kereta, lapor akhbar Mirror UK.


Danielle Birch, 25, dari Plymouth, mengenakan bayaran terhadap video bukan seksualnya untuk sesetengah orang yang mengagumi wanita berbadan besar.

Birch menjual videonya pada harga £2.90 (RM16.43) manakala klip berdurasi 20 minit boleh didapati pada harga RM41.35.

Foto: Mercury Press

Antara kandungan videonya adalah merakam dirinya tersekat pada pintu dan di dalam kereta serta berdiri di sebelah orang yang lebih kecil daripadanya.


“Ramai berminat untuk melihat bagaimana berat badan mempengaruhi kehidupan saya. 

“Saya dikategorikan sebagai bersaiz super untuk wanita dengan berat antara 158.8 kilogram hingga 226.8 kilogram’’ jelas Birch.

Menurutnya, video pendek yang dihasilkan selalunya mengenai percubaannya memakai pakaian yang kecil dan comel. 

Dia menghabiskan masa selama tiga hari untuk menyiapkan video yang akan dimuat naik dalam tempoh seminggu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 27-1-2022 09:49 AM
ye ke...adeje laki2 obses dgn pompuan plus size nie...mcm kwn aku
Quote Artemesiaa 27-1-2022 01:30 PM
Pandai buat duit dengan keadaan diri
Quote sukacactus 27-1-2022 02:30 PM
You go girl!
Pandai dia cari duit
Quote Jitu 27-1-2022 02:53 PM
blh berjalan lg ke beratnya badan
ni klu kena hempap blh meninggal
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 05:42 PM
Anak gajah tersenyum sinis

19_3000_0.jpg
Quote dani-rox 27-1-2022 07:37 PM
kat youtube ada satu video psl pompuan nih makan berpinggan2 carbs dan dgn bantuan boiprennya, 'teguk' butter dgn corong demi meng'obes'kan diri utk konten fat fetish mcm ni la.
Quote Addrianna 27-1-2022 07:49 PM
Macam2 hal
Quote fahdramli 27-1-2022 08:20 PM
dani-rox replied at 27-1-2022 07:37 PM
kat youtube ada satu video psl pompuan nih makan berpinggan2 carbs dan dgn bantuan boiprennya, 'tegu ...

Buleh mati silap2 kalau macam gini...

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 02:39 AM GMT+8 , Processed in 0.159646 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top