CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perkembangan Bayi Lahir Dalam Keluarga Susah Didakwa Lebih Lemah

27-1-2022 09:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1546| Komen: 14

New York – Kajian mendapati kanak-kanak yang membesar dalam keluarga berpendapatan rendah boleh menjejaskan aktiviti otak yang memberi kesan kepada tahap pemikiran dan pembelajaran mereka, lapor akhbar Daily Mail.


Pakar dari Universiti Columbia mendapati bahawa perkembangan otak bayi yang lahir dalam keluarga berpendapatan rendah bergantung pada sokongan kewangan yang diberikan kepada mereka.

Imbasan terhadap bayi berusia satu tahun menunjukkan aktiviti otak yang lebih pantas dalam kalangan keluarga berpendapatan AS$333 (RM1,395.27) berbanding yang berpendapatan AS$20 (RM83.80) sebulan. 


Foto: Shutterstock


Tidak dijelaskan sama ada peningkatan aktiviti dalam otak berubah mengikut peningkatan usia atau bagaimana ia boleh mempengaruhi pertumbuhan kognitif dan tingkah laku. 

Bagaimanapun, aktiviti otak kanak-kanak yang lebih berusia dikaitkan dengan pembangunan kemahiran belajar mereka. 

Penyelidik kini mengkaji bagaimana jumlah pendapatan akan memberi manfaat kepada kanak-kanak termasuk penyediaan makanan lebih berkhasiat atau melegakan tekanan ibu bapa.

Kajian itu telah dijalankan oleh seorang saintis, Kimberly Noble dari Universiti Columbia di New York bersama pasukannya.

“Perubahan pada otak menunjukkan kebolehtempaan otak yang luar biasa terutamanya pada awal usia kanak-kanak.

“Kami telah mengetahui selama bertahun-tahun bahawa membesar dalam kemiskinan boleh merisikokan kanak-kanak dengan pencapaian yang rendah di sekolah, mengurangkan pendapatan serta kesihatan yang kurang baik,’’ jelas Profesor Noble. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 02:30 PM
Kebanyakanya macam itulah
Quote Radzor 27-1-2022 02:38 PM
Tak cukup zat le. Barang sume mahal, makan telor kicap je
Quote batmana 27-1-2022 03:06 PM
Cmtu..ramai anak petani.penoreh score SPM tu..cite palsu atau mmg supergenius
Quote hashashes 27-1-2022 04:24 PM
batmana replied at 27-1-2022 03:06 PM
Cmtu..ramai anak petani.penoreh score SPM tu..cite palsu atau mmg supergenius

Kau baca kat mana yang ramai tu? Yang selalu masuk paper sorang dua je pun. Ramai lagi yang tak habis sekolah & selalu dating ngan pak we kat kebun getah
Quote hashashes 27-1-2022 04:25 PM
Kesian kan, sebab tu kalau dah tau tak berkemampuan, jangan la tiap2 tahun beranak. Ingat tak stress ke handle anak2 lagi2 kalau laki macam tunggul
Quote Decaffeinated 27-1-2022 05:02 PM
batmana replied at 27-1-2022 03:06 PM
Cmtu..ramai anak petani.penoreh score SPM tu..cite palsu atau mmg supergenius

itu dulu2 sebab mak pak memang pandai tapi tiada peluang.

sekarang ni yang stuck miskin tu memang either bodoh atau malas or both. Keturunan pun sama. Kalau ada satu dua yang menjadi tu exception.


Quote bakingsoda 27-1-2022 05:10 PM
$20 sebulan ke sehari? gaji amende tu 83 ringgek sebulan
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2022 05:19 PM
Lemahhhhhhhhhhhh
Quote mbhcsf 27-1-2022 05:33 PM
health inequalties - satu issue yg senantiasa menjdi lubuk health economist, poliicy makers. Baguslah penemuan ni , so akan ade program program intervensi kepda B40s.
Quote FOTHER-MUCKER 27-1-2022 07:08 PM
bakingsoda replied at 27-1-2022 01:10 AM
$20 sebulan ke sehari? gaji amende tu 83 ringgek sebulan

Memang masih ada $20 satu bulan. Di Malaysia Indonesia Philippine dan negara negara di Amerika selatan sana.
Quote nakkomenjugak 30-1-2022 10:49 PM
Kasi viral ni satu malaya
Untuk ekonomi family dan kesejahteraan anak2 juaaa
Quote anony-mous 31-1-2022 01:01 AM
hashashes replied at 27-1-2022 04:25 PM
Kesian kan, sebab tu kalau dah tau tak berkemampuan, jangan la tiap2 tahun beranak. Ingat tak stress ...

Lepas tu ank tu repeat cycle yg sama. Org2 kaya berlumba2 hantar ank pre school sejak umur 2 thn. Yg miskin bukan setakat x mampu tp pakej malas. Keje main game & tido. Ank2 orka jadual packed. X aktiviti sukan, main piano, lepas tu belajar lg.
Quote anony-mous 31-1-2022 01:02 AM
Decaffeinated replied at 27-1-2022 05:02 PM
itu dulu2 sebab mak pak memang pandai tapi tiada peluang.

sekarang ni yang stuck miskin tu memang ...

Setuju. Lg2 yg beranak ramai. Dari ko beranak dlu, baik la hold kejap smbung belajar. Yg i perati yg miskin ni, mcm u ckp, ada 1 lg ciri iaitu degil. Bodoh sombong. Bad decision maker
Quote sharlenetexas 31-1-2022 02:24 AM
Ben carson antara contoh yg keluar dari kepompong kemiskinan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.064759 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top