CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harimau Masuk Kampung Sebab Sakit, Bukan Pembalakan

26-1-2022 06:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3353| Komen: 50

Description: Kota Bharu – Kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa tiada keperluan untuk memindahkan masyarakat Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang ke pusat penempatan sementara meskipun mereka kini diancam ga ...
Kota Bharu – Kerajaan negeri Kelantan berpendapat bahawa tiada keperluan untuk memindahkan masyarakat Orang Asli di Pos Bihai, Gua Musang ke pusat penempatan sementara meskipun mereka kini diancam gangguan harimau sejak sebulan lalu.


Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau tidak menafikan masyarakat di kawasan itu hidup dalam ketakutan, namun arahan telah dikeluarkan agar mereka tidak keluar rumah ketika ini.

Menurut beliau, kerajaan negeri percaya usaha yang dilakukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan ketika ini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di perkampungan Orang Asli terbabit.

Nik Amar, Foto: Kosmo


“Kita tahu penempatan asal Orang Asli terletak di dalam hutan. Mengikut pengalaman sebelum ini, mereka enggan keluar dan mahu kekal tinggal di kampung sekiranya diminta berpindah.

“Orang Asli di kawasan terlibat tetap memberi kerjasama dan mendengar nasihat pihak berkuasa yang mengarahkan mereka tidak keluar dari rumah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Beliau menegaskan, harimau yang memasuki kampung itu bukan disebabkan oleh pembalakan, malah ada laporan yang mengatakan haiwan buas itu dijangkiti penyakit dan mencari makanan di kawasan Orang Asli.

“Setakat ini, tiada lagi laporan mengatakan harimau keluar ke kawasan perkampungan Orang Asli.

“Justeru, harimau yang memasuki kampung itu bukan disebabkan pembalakan, sebaliknya haiwan buas berkenaan didakwa sakit sehingga keluar mencari makanan di kawasan Orang Asli,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Amar mengakui ada pembalakan haram dan penerokaan di kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di Kelantan, namun kegiatan itu tidak serius seperti negeri lain.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jas7512 26-1-2022 07:14 PM
Yolah tu pak lebai..tanya tak dulu dgn masyarakat org asli tu ..btl ke mrk x mo pindah or just your assumption je pak lebai.  ...dah puluh thn lebai perintah kelantan sskjp x mboh tukar ke..kot2 ada perubahab positif klu pihak lain lak perintah
Quote msdummy.2018 26-1-2022 07:31 PM
Fuhbterer..smpi leh tau rimau tuh sakit...hebakk menteri skang...tlg tilik plak bila cobid nk hbs?
Quote noor2 26-1-2022 07:35 PM
Ya Allah....teruknya kata2 asalkan matlamat menghalalkan cara....mungkin beliau memahami bahasa harimau
Quote tripleid 26-1-2022 07:38 PM



[img]
Quote noor2 26-1-2022 07:40 PM
tripleid replied at 26-1-2022 07:38 PM

Sedihnya muka beliau....
Quote tripleid 26-1-2022 07:45 PM
Edited by tripleid at 26-1-2022 07:59 PM
noor2 replied at 26-1-2022 07:40 PM
Sedihnya muka beliau....


Suluruh haiwan liar di kelantan sdg bersedih sbb kena fitnah ngn lobai..

Quote hareeeesah 26-1-2022 07:46 PM
tripleid replied at 26-1-2022 07:38 PM

Hahahaha this made my day. Rimau pun dah level hantu saka, asal sakit je saka hantu org hantar org dengki..
Quote noor2 26-1-2022 07:53 PM
tripleid replied at 26-1-2022 07:45 PM
Suluruh haiwan liar di kelantan bersedih sbb kena fitnah ngn lobai..

Penunggang agama betul lobai ni
Quote syaz_lina 26-1-2022 08:04 PM
Eeeee bodohnya statement..biar bala datang sapu habis2 kelate tu,
Quote lola0311 26-1-2022 08:05 PM
adui hai apap apa je lah weyh xpasal harimau boleh berkeliaran , manusia kene duk rumah
Quote capiloton 26-1-2022 09:38 PM
biasa la, lobai pis ni memang bangang pun, useless
Quote kitmal 26-1-2022 09:50 PM
kata lebai pas yang maksum
Quote sharlenetexas 26-1-2022 09:52 PM
Kesian rimau difitnah oleh lobai berkopiah

[ig]https://www.instagram.com/p/CZLxEQGPlu6/?utm_medium=copy_link[/ig]

Quote Buritan 26-1-2022 09:58 PM
jas7512: Yolah tu pak lebai..tanya tak  ...


Jawapan rupe celaka.. bg aku lobai masuk politik lg dasat
Quote Suchi 26-1-2022 10:03 PM
Pemes tul ghimau akhir2 ni tau laa tahu la tahun ni  tahun ghimau
Quote umbut 26-1-2022 10:03 PM
Syarat join politik.. Kena buduhhhhhssss.. Lobai pas pis pus..
Quote naina 26-1-2022 10:06 PM
Hahaha
Apsal eh jawapan lebai2 semua bangang2 macam tak sekolah eh
Dari minggu lepas lagi
Asal boleh nak nafikan aktiviti pembalakan
Semoga ada la ahli keluarga pak lebai ni kena makan rimau. Baru la rasa terbalik dunia ni nak keluar rumah pun takut
Quote felinecat 26-1-2022 10:06 PM
Bodoooooh punya lelaki bersongkok - kata ibu hari mau dan anaknya
Quote kotakbaju 26-1-2022 10:10 PM
Tengok pasal ni tadi kat awani. Cam bodoh ja aku dengaq lobai ni kata. Kalau la pak belang tu boleh berkata2

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.061709 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top