Episod musibah banjir yang melanda negara baru-baru ini menggerakkan hati pelawak dan pelakon, Zizan Razak untuk membeli sebuah kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux bagi membantu mangsa banjir di masa hadapan.
Anak kelahiran Terengganu itu mendedahkan hatinya gusar ketika bencana banjir berlaku di sekitar Lembah Klang sebelum ini kerana jadual kerja mengekang pelakon itu daripada aktif membantu mangsa bah tersebut. “Saya betul-betul resah ketika banjir kerana waktu itu sibuk penggambaran, jadi perasaan tidak dapat membantu membuatkan saya tidak senang duduk.
“Lagipun saya sudah lama mengidamkan sebuah Hilux, alang-alang bolehlah beli bagi memudahkan pergerakan atas faktor kerjaya sekali gus menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir nanti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
|
musangbodoh replied at 26-1-2022 04:50 PM
heeheheh next week p tukar rim 20...jek skit...total abis 25k...siap bull bar bagai siap pakej winch ...
ADVERTISEMENT