Menjadi satu lumrah kepada kita semua apabila melihat adik dah saudara sendiri bahagia, tentunya akan mengundang kegembiraan dalam hati kita. Apabila kita melihat pasangan saudara kita itu saling melengkapi dari setiap segi, sedikit sebanyak akan timbul rasa kelegaan pada hati kita kerana kita tahu saudara kita itu telah mendapat jodoh yang baik. Itulah yang pelakon popular dan cantik, Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan rasakan ketika dia menulis ucapan buat adik tersayangnya iaitu Ayu Raudhah menerusi akaun Instagramnya. Dia mengambil kesempatan menulis ucapan itu sempena hari ulang tahun perkahwinan Ayu dan suaminya, Zaquan Adha yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan. Dari pandangan Che Ta, dia merasakan bahawa kebahagiaan rumahtangga adiknya itu cukup sempurna.
Sumber: Instagram rozitachewan1 Tambah Che Ta, Zaquan merupakan jejaka yang muda, tampan, kaya, bertanggungjawab, kuat agama dan penyayang. Tidak kurang juga dengan adiknya iaitu Ayu yang cantik walaupun agak berumur sedikit dari Zaquan, serba boleh, pandai memasak, mengemas dan menjahit. Sumber: Instagram Zaquan Dalam pada itu, Che Ta juga menjelaskan adiknya itu seorang yang subur dengan penjelasan bahawa sudah 11 tahun adiknya berkahwin dan di dalam tempoh itu, mereka bakal mendapat 6 orang cahaya mata. "Semoga kebahagiaan ini sampai ke Jannah. Amin", tulis Che Ta. Sumber: Instagram rozitachewan1 Ayu Raudhah turut membalas komen kakaknya itu dengan menulis, "Masyaallah...Alhamdullilah...Subahanallah...Allahuakbar. Thank you for everything kak ta ku syg @rozitachewan1 we love you to the moon and back". Terasa kuat betul kasih sayang di antara mereka adik-beradik. Sumber: Instagram rozitachewan1 Agak terhibur apabila menjawab komen netizen tentang Ayu Raudhah yang bakal mendapat cahaya mata yang ke-enam apabila Rozita Che Wan menulis, 'Qumah depa tv qosak (rumah mereka televisyen rosak). Ada juga netizen yang mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat Ayu Raudhah dan Zaquan yang versi ala-ala David Beckham dan Victoria versi Malaysia. Semoga murah rezeki mereka sekeluarga. -CARI |
ADVERTISEMENT