CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Aliff Aziz Amal Selawat Seribu Kali Sehari Sebelum Konsert GV8, Segan Video Jadi Imam Viral

26-1-2022 12:16 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3508| Komen: 21|Original author: Oleh: Saiful

Sebelum ini tular video Aliff Aziz jadi imam dan solat berjemaah.

Bukan itu sahaja rahsia kejayaannya, malah suami Bella Astillah ini juga mengamalkan membaca selawat sebanyak seribu kali sehari.


Katanya ia membantu mengatasi masalah gemuruh ketika berentap di pentas akhir Gegar Vaganza yg kelapan (GV8), Ahad lepas.


Foto: IG

“Sebenarnya ini adalah pesanan dari kawan-kawan supaya amalkan selawat selalu.

“Saya cuba habis selawat sebanyak 1,000 kali sehari, ini saya amalkan sebelum naik ke pentas.


“Mungkin nampak susah, tetapi apabila selalu diamalkan ia akan jadi biasa," katanya kepada mStar.



Amalan itu juga menjadikan dia berasa lebih tenang dan yakin ketika membuat persembahan.

Sementara itu video yang memaparkan Aliff mengimamkan solat di bilik persalinan sebelum konsert berlangsung tular membuatkan dirinya berasa segan.


“Saya rasa segan apabila video itu diperkatakan.

“Benar ia satu benda yang positif, namun saya bimbang jika ia mengganggu niat baik.

“Saya harapkan ia menjadi amal jariah yang boleh saya kongsikan kepada semua."



Tambahnya, “Saya sudah berehat lama. Dengan apa yang berlaku kepada saya sebelum ini, tahun 2019 adalah waktu kegelapan saya.

“Sekarang saya kembali dan mahu gunakan masa ini sebaik mungkin untuk bekerja.

“Kemenangan ini bukan sebab saya hebat. Ini adalah susunan Tuhan.




“Kalau boleh saya mahu gunakan kemahsyuran yang dipinjamkan ini untuk sebarkan kebaikan."

Semoga istiqamah ya. Untung Bella dapat suami alim macam Aliff, helok pula tu. Tak gitu? -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 26-1-2022 12:25 PM
Sorry. I tetap sceptical ngn mamat ni walau herlok sekalipn.
Quote chandrahusin 26-1-2022 12:28 PM
mana video jadi imam
Quote akuHavocczz 26-1-2022 12:42 PM
terpaling...
Quote makadek 26-1-2022 12:44 PM
Tungging ler lip shelagi boleh tungginggggg
Quote stingerprincess 26-1-2022 12:44 PM
bideo burung berterbangan tak segan kewww?

Quote bulalof 26-1-2022 12:45 PM
mudahnya mensucikan diri.....
Quote azimodin 26-1-2022 01:35 PM
Terpaling. Sok2 buat hal keluar la statement beriku
1. Saya x pernah cakap yg saya xkan buat ......
2. Saya tertekan dibawang netizen
3. Saya xnak jadi hypocrite

Menyampah la iouls tengok orang yg baru sekali dua join usrah asal bergambar je nak angkat jari. Alang2 tu angkat je la tangan macam buat laungan merdeka.
Quote princessmiang 26-1-2022 01:56 PM
Seronok la menonggang dapat hasil
Quote stingereez 26-1-2022 02:03 PM
Lu org continue dulu ah..aku kasi chan korang kumpul lemak...timbun2 dulu...

Aku ada kerja tazkirah tempat lain dulu....

Wah bukan main ko @makadek eh...ko pun ada nyelit kt sini...?

Ko siap......



Kahkahkahkahkahkahkah
Quote mesmerize 26-1-2022 02:14 PM
iyalah dek semoga istiqomah..
Quote sayawifenikmie 26-1-2022 02:21 PM
Edited by sayawifenikmie at 26-1-2022 02:25 PM

.. relaks jer la .. tak perlu cerca ...
ramai orang yg punyai zaman gelap mereka
tak lepas lepas .. mungkin sekarang .. atau mungkin akan datang
AA ni nampaknak berubah
tak boleh kah kita doa kan yg baik2

yg benci sangat kat bella isteri dia
dah kenapa?
apa salah yg dia buat?
dia suppoprt laki dia di kala susah dan senang?
bukan kah itu cinta?
mungkin pada sesetengah orang nampak bodoh ... setia membabi buta ..
tapi itu pilihan dia
tapi .. serius ... saya pun seriauuu jugak
hahaha





Quote akuHavocczz 26-1-2022 02:21 PM
Terer sangat tinggalkan je lah dunia lagha ni
Quote AnnaSendin 26-1-2022 02:24 PM
Nyanyian dan berzikir. So opposite.
Quote Matyein 26-1-2022 03:23 PM
alhamdulillah
Quote inspektoremos21 26-1-2022 06:57 PM
AnnaSendin replied at 26-1-2022 02:24 PM
Nyanyian dan berzikir. So opposite.

Konsep seimbang dunia akhirat mungkin?
Quote helicornia 26-1-2022 10:10 PM
Dia start dah...
Quote stingereez 26-1-2022 10:18 PM
makadek replied at 26-1-2022 12:44 PM
Tungging ler lip shelagi boleh tungginggggg

Belum sampai tahap ko….don’t worry……

Kahkahkahkahkah
Quote stingereez 26-1-2022 10:23 PM
AnnaSendin replied at 26-1-2022 02:24 PM
Nyanyian dan berzikir. So opposite.



Ko zikir bunyi syair, mak ko zikir bunyi gurindam, Pak ko zikir bunyi gambus……laki ko zikir bunyi berdengkur……oppositenya tang mana?
Quote stingereez 26-1-2022 10:25 PM
princessmiang replied at 26-1-2022 01:56 PM
Seronok la menonggang dapat hasil

Panas kheun kita?

Kahkahkahkahkahkahkahkah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:24 PM GMT+8 , Processed in 0.108927 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top