CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kebahagiaan Rumah Tangga Yang Paling Sempurna"- Che Ta Puji Ayu Raudhah Dan Suami

26-1-2022 01:15 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 5263| Komen: 7|Original author: Cinta Erina

Description: Menjadi satu lumrah kepada kita semua apabila melihat adik dah saudara sendiri bahagia, tentunya akan mengundang kegembiraan dalam hati kita.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Menjadi satu lumrah kepada kita semua apabila melihat adik dah saudara sendiri bahagia, tentunya akan mengundang kegembiraan dalam hati kita. Apabila kita melihat pasangan saudara kita itu saling melengkapi dari setiap segi, sedikit sebanyak akan timbul rasa kelegaan pada hati kita kerana kita tahu saudara kita itu telah mendapat jodoh yang baik. Itulah yang pelakon popular dan cantik, Che Ta atau nama penuhnya, Rozita Che Wan rasakan ketika dia menulis ucapan buat adik tersayangnya iaitu Ayu Raudhah menerusi akaun Instagramnya. 

 Dia mengambil kesempatan menulis ucapan itu sempena hari ulang tahun perkahwinan Ayu dan suaminya, Zaquan Adha yang merupakan pemain bola sepak kebangsaan. Dari pandangan Che Ta, dia merasakan bahawa kebahagiaan rumahtangga adiknya itu cukup sempurna.


Sumber: Instagram rozitachewan1

Tambah Che Ta, Zaquan merupakan jejaka yang muda, tampan, kaya, bertanggungjawab, kuat agama dan penyayang. Tidak kurang juga dengan adiknya iaitu Ayu yang cantik walaupun agak berumur sedikit dari Zaquan, serba boleh, pandai memasak, mengemas dan menjahit. 

Sumber: Instagram Zaquan

Dalam pada itu, Che Ta juga menjelaskan adiknya itu seorang yang subur dengan penjelasan bahawa sudah 11 tahun adiknya berkahwin dan di dalam tempoh itu, mereka bakal mendapat 6 orang cahaya mata. 

"Semoga kebahagiaan ini sampai ke Jannah. Amin", tulis Che Ta.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Ayu Raudhah turut membalas komen kakaknya itu dengan menulis, "Masyaallah...Alhamdullilah...Subahanallah...Allahuakbar. Thank you for everything kak ta ku syg @rozitachewan1 we love you to the moon and back". Terasa kuat betul kasih sayang di antara mereka adik-beradik. 


Sumber: Instagram rozitachewan1

Agak terhibur apabila menjawab komen netizen tentang Ayu Raudhah yang bakal mendapat cahaya mata yang ke-enam apabila Rozita Che Wan menulis, 'Qumah depa tv qosak (rumah mereka televisyen rosak). Ada juga netizen yang mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan selamat ulang tahun buat Ayu Raudhah dan Zaquan yang versi ala-ala David Beckham dan Victoria versi Malaysia. Semoga murah rezeki mereka sekeluarga. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cpkay 26-1-2022 03:05 PM
setuju bab ayu raudhah ni mmg cantik sangat sangat..time free hair pun cantik..pakai tudung ni lagilah cantik ...
Quote Carcosa 26-1-2022 09:15 PM
Anak diorang dah nak masuk 6 ke?  
Quote mamajawie 27-1-2022 10:05 AM
mak aihhh da nk msuk no 6???untung ayu keje asyik beranak je..nmpak sangat kuan 2 minit ni kuat yachhhh
Quote vanillaninja 31-1-2022 04:43 PM
I je ke yang tak nampak apa2.
Quote acepark 7-2-2022 02:59 PM
adeh lawak la Cintaerina ni.buka topik aja.malas nak karang panjang2.
Quote overshirteuphor 10-4-2024 10:01 AM
Saya lebih suka tidak menulis panjang.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:18 PM GMT+8 , Processed in 0.298483 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top