|
Selepas dua tahun bergelut dengan pandemik Covid-19 hingga menjejaskan perniagaan dan survival pekerja perkhidmatan majlis perkahwinan dan katering, Bizmilla Wedding Centre kini boleh menarik nafas lega.
Pemiliknya, Mila Jirin berkata, syarikat kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya yang turut terkesan dengan tempias wabak maut berkenaan. Kata Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, dia mensasarkan untuk terus menambah jumlah dewan kahwin dari semasa ke semasa. “Kini Bizmilla mempunyai 10 dewan kahwin di sekitar Selangor dan Johor Bahru. Tahun ini, dewan kahwin akan ditambah lagi jumlahnya termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru menjadikan jumlahnya kelak 12.
“Insya-Allah menjelang tengah tahun ini kami jangka akan tambah lagi dua dewan kahwin menjadikannya 14. Semoga dipermudahkan dan Allah izin kami uruskan majlis kahwin anda,” katanya.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
5-2-2026 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.447147 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.