CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perwatakan Lembut Jaafar Onn- "Dah 70 Tahun Tak Nak Bertaubat Ke?"

26-1-2022 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7420| Komen: 65

Selebriti otai, Jaafar Onn mengakui keperibadian semula jadinya yang lemah lembutlah menjadi faktor utama kekal relevan selama hampir 50 tahun dalam dunia seni.


Jaafar Onn atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang berkata, jadi tiada sebab untuk dirinya mengubah pemberian Ilahi hanya demi memuaskan kehendak atau hati masyarakat.


Foto: IG

“Ada orang cakap termasuk keluarga terdekat, ‘dah usia 70 tahun tak reti nak taubat atau berubah ke’.

“Nak saya buat macam mana, dah memang saya begini takkan saya nak hidup berpura-pura jadi keras demi memuaskan hati orang sekeliling.


“Sekurang-kurangnya, saya selembut-lembut saya, tak pernah pun menyusahkan orang minta sedekah tadah tangan. Alhamdulillah bukan nak cakap besar, pada usia 70 tahun, Allah masih beri saya rezeki kesihatan yang baik,” katanya kepada Kosmo.

Ujar pelakon yang cukup sinonim dengan drama Cili Padi itu, segala kritikan yang dilemparkan orang sekeliling tidak menjadi kudis buat dirinya.



“Orang sibuk kutuk saya jalan menampi padi usia pun dah makin lanjut, saya nak tanya, sempurnakah kalian? Nak cakap apa pun, cakaplah yang penting hanya saya dan Allah sahaja diri saya bagaimana.

“Banyak mulut jahat tapi saya percaya mulut jahat, hati tak semestinya jahat juga. Macam saya, orang fikir mulut saya jahat, tapi hati saya kadang-kadang tak sampai hati.

“Zaman sekarang ini, dengan kemajuan teknologi dan dunia media sosial, macam-macam orang boleh cakap itu ini. Nak cakap buruk tentang saya, tak jadi kudis pun. Selama 50 tahun dalam industri, rezeki saya tetap ada dan orang masih kenal,” jelasnya.



Mengulas tentang perkembangan seni terbaharu, Jaafar bakal terlibat dalam sebuah sitkom terbitan RTM berjudul Apartmen Putra.

“Pengarah (Acu) nak saya bawa watak lelaki lembut siap berselendang bagai. Tengoklah rezeki saya. Bukan saya nak promosi jadi lelaki lembut tapi inilah namanya rezeki walaupun dah usia 70 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Jaafar juga turut mengenang pengalaman bekerja bawah arahan sutradara handalan, Allahyarham Mamat Khalid menerusi drama 18 Puasa Di Kampong Pisang yang sepatutnya bersambung untuk projek selanjutnya, 19 Puasa.



“Macam dulu berlakon bawah arahan Allahyarham Mamat Khalid untuk 18 Puasa, saya jadi diri sendiri. Mamat panggil saya dengan gelaran ‘Ikonku’.

“Saya masih ingat waktu penggambaran, saya bawa baju bunga-bunga satu beg tapi Mamat nak saya pakai baju hitam untuk karakter yang saya jayakan iaitu, Tyson 2.

“Sepatutnya 19 Puasa bawah arahan anak Mamat (Amen Khalid) menjalani penggambaran melibatkan watak Tyson 2. Tapi sekarang masih tiada khabar berita tentang projek tersebut. Al-fatihah buat Allahyarham Mamat Khalid,” katanya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 24-1-2022 06:07 PM
Aah btulla dia x kacau org buat hal sndri je spt mandi buih, mnyusu kucing dsb
Quote Orix 24-1-2022 06:20 PM
betol la tu... iols suka ja jaapar onn ni... xde -ve vibe spt roslan shah, diva AA dll
Quote cmf_premierleag 24-1-2022 06:23 PM
Iols suka jaafar onn ni
Sbb kelakar tgk dia belakon
Plg lawak ms film Rock..dia jd pengurus kelab utk band rockers buat latihan kt gopeng/ipoh belah2 perak sana
Lawak sungguh dialog dia dlm film tu
Quote makita 24-1-2022 06:29 PM
Tok Jaapar ni nampak la dia mcm fokus kerjaya dia..xde kontrobesi yg tah apa2.
Quote orkidorkido 24-1-2022 06:52 PM
Dia ok, tak menyusahkan orang. Suka dia, memang karakter dia macam tu
Quote scrocth 24-1-2022 07:07 PM
Aziz M Osman suka ambik dia blakon. Dr zaman XX Ray, Cili Padi, Baginda, Bintang Hati. Xkisahla watak utama ke pembantu, mmg kelakar.
Quote cikgojesss 24-1-2022 07:18 PM
tapi akak geli ngan lidah n bibir heshe.. dah la suka jelir lidah panjang terbau2 je busuk air liur basi kepam heshe.. cakap pun bersembur sebijik ada sorang kawan iols tu gelak sampai bersembur air liur masuk dalam gelas member iols sorang lagi.. yihhhh
Quote cikgojesss 24-1-2022 07:21 PM
September14 replied at 24-1-2022 06:07 PM
Aah btulla dia x kacau org buat hal sndri je spt mandi buih, mnyusu kucing dsb


ni ker?

Quote September14 24-1-2022 07:26 PM
cikgojesss replied at 24-1-2022 07:21 PM
ni ker?

Kah kah jgn lupa pic mandi buih
Quote cikgojesss 24-1-2022 07:28 PM
September14 replied at 24-1-2022 07:26 PM
Kah kah jgn lupa pic mandi buih

gicewww

Quote azimodin 24-1-2022 07:29 PM
Walaupon kelempuk, abang jay x ganngu orang & x cari kontolbasi macam kelempuk yg lain seperti diva monopod & roslan shah. Paling2 pon keluar berita abang jay dilamar lagi... semoga abang jay sihat2 selalu
Quote umbut 24-1-2022 09:28 PM
Awet muda... abaikan je haters2..
Quote pichee 24-1-2022 09:32 PM
Dlu jaafar onn bff dgn ifa raziah kn...

Quote mojarean_X 24-1-2022 09:38 PM
Love u abg J.O....dh tua2 ni wat hal sendiri je dekatkan diri dgn Allah. Btw abg J.O bkn ada anak dan cucu ke?
Quote Zack8hunter 24-1-2022 10:51 PM
Aku perasan bila dah dekat2 puasa jer, job bang Jakpar ni mmg akan lebat.. setiap thn mcm tu..mmg rezeki dia
Quote auntyonion 24-1-2022 10:56 PM
Omakkk aiii 70 dah
Quote tobobon 24-1-2022 11:05 PM
scrocth replied at 24-1-2022 07:07 PM
Aziz M Osman suka ambik dia blakon. Dr zaman XX Ray, Cili Padi, Baginda, Bintang Hati. Xkisahla wata ...

Jangan dilupa diva AA jugak suka ambil abe JO ni berlakon...sambal ker..cak cak ker..mesti ada abe JO bersama2 ayda mat aris
Quote Suchi 24-1-2022 11:15 PM
Ala takde ke 19 puasa ermm
Suka atuk  J awet muda dan tinggi melayut
Quote Afifi82 24-1-2022 11:23 PM
N mulut dia tak mcm Diva AA .

Lihat semua komen(65)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 04:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058329 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top