Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad terus menjadi perhatian masyarakat negara ini sejak beberapa hari lalu.
Dalam perkembangan semasa, mantan perdana menteri itu dikhabarkan berada dalam keadaan yang semakin baik. Menurut Datin Paduka Marina Mahathir, bapanya juga semakin berselera untuk makan, malah mula berjenaka dengan keluarga. "Keadaan kesihatan Tun Dr Mahathir Mohamad menunjuk peningkatan hari ini. "Beliau mempunyai selera makan yang bertambah baik dan sempat berseloroh dengan ahli keluarga yang berada di sisi beliau di Institut Jantung Negara (IJN).
"Tun Dr Mahathir juga diberitahu mengenai ucapan selamat yang disampaikan oleh begitu ramai pihak termasuk pemimpin-pemimpin negara asing serta orang ramai. "Beliau berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih. Beliau juga memohon orang ramai agar tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya," ujar Marina. Tambahnya, pemimpin berusia 96 tahun itu akan terus berada di IJN di bawah pengawasan pakar dan tiada sesiapa dibenarkan hadir melawat kecuali keluarga terdekat. Terdahulu, Dr Mahathir dilaporkan dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) IJN. Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar pada 13 Januari. Pada 16 Disember tahun lalu, beliau dimasukkan ke IJN untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut, sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember lalu. -CARI Sumber: mStar Online
|
Orix replied at 26-1-2022 08:29 AM
Alhamdulillah… lega sikit.. speedy recovery tun M
Orix: Alhamdulillah… lega sikit.. s ...
Buritan replied at 26-1-2022 09:53 AM
Alhamdulilllah.. Allah masih pnjgkn umur tun.. harap lps ni main dgn cucu cicit ajelaa.. tok sahl ...
Suchi replied at 26-1-2022 11:40 AM
Kan.. rileks2 je harap biar sampai one hundred umurnyaa
Org len umur 55tahun dah tak menyabor nk ...
ADVERTISEMENT