Untuk melamar kekasih hati, pasti ada plebagai cara boleh boleh digunakan seperti melamar di taman, di kedai makan kegemaran pasangan dan tempat lain-lain lagi.
Tetapi, kali ini ada satu cara yang agak unik di mana seorang "gamer" melamar teman wanitanya melalui permainan video kegemaran mereka iaitu Genshin Impact. Katanya, teman lelakinya seorang "introvert" melampau. Pun begitu, dia menggunakan kretivitinya untuk mengubah persekitaran Serenitea Pot (kawasan penyesuaian peribadi) sebagai tempat untuk melamarnya.
Ketika Ronica memasuki permainan video Genshin Impact, dia melalui beberapa gerbang sebelum melalui mesej pertama betulis "Roses Are Red". Dia kemudiannya berjalan lagi untuk mesej seterusnya yang bertulis "Violets are blue", mesej seterusnya adalah "Forever is real with you" dan di lokasi akhir terdapat satu lagi mesej bertulis "Will you be my waifu (wife atau isteri)?" Tidak lama selepas itu, teman lelakinya, Jerome Javillonar muncul dan melamarnya di dunia sebenar dan Ronica terima lamaran lelaki itu. |
ADVERTISEMENT