Seperti yang kita semua ketahui, selebriti popular Janna Nick sedang berjuang dengan penyakit Bipolar Disorder dan pernah dua kali membuat percubaan membunuh diri. Untuk yang belum tahu, penyakit Bipolar Disorder dahulunya dipanggil kemurungan manik, ia merupakan keadaan kesihatan mental yang menyebabkan perubahan mood yang melampau yang termasuk emosi yang tinggi (mania atau hypomania) dan rendah (kemurungan). Apabila anda tertekan, anda mungkin berasa sedih atau putus asa dan hilang minat atau keseronokan dalam kebanyakan aktiviti.
Janna Nick berkata sudah membuat keputusan untuk memperlahankan karier seni untuk memberi fokus kepada kesihatan mentalnya. "Saya memilih untuk slow kan kerjaya seni. Saya bukan kekwat cuma kena utamakan kesihatan mental. Buat masa sekarang, saya pilih untuk bergerak aktif di belakang tabir contohnya dan mewujudkan pengurusan artis di bawah production saya sendiri."
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|