CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 Tahun Mati Ditendang Bapa Saudara Kerana Bising Waktu Malam

24-1-2022 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2030| Komen: 6

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati di atas katil selepas bapa saudara mangsa didakwa menendangnya kerana terlalu bising pada waktu malam.


Susulan insiden yang berlaku di wilayah Burdur di Turki pada 22 Disember lalu, bapa saudara dan ibu kepada kanak-kanak itu ditahan.

Wanita tersebut tidak dapat mengejutkan anak perempuannya di bilik tidur mangsa pada waktu pagi.


Kredit foto Newsflash

Dia kemudian menghubungi pasukan kecemasan dan paramedik yang bergegas ke lokasi kejadian. Bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia.


Polis kemudian menahan ibu kanak-kanak berkenaan dan bapa saudaranya, selepas mendapati kematian kanak-kanak itu mencurigakan.

Bapa saudara itu dilaporkan mengaku menendang anak saudaranya pada waktu malam kerana anak buahnya membuat bising.

Sementara itu, menurut laporan akhbar Turki, Haberturk, nenek mangsa mendakwa cucunya sering berdepan dengan keganasan yang berterusan di rumah.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 24-1-2022 02:36 PM
ee bodonye pak sedara kau tendang budak 3tahun.. meh sini aku tendang telur kau guna louboutin shoes aku ni
Quote Shazid 24-1-2022 03:28 PM
Allahuakbar!!! mabuk ke ape? bdk2 kot
Quote Aikiko 24-1-2022 04:44 PM
Tak boleh betul dengan citer kanak2 dizalimi, kena pukul pastu mati
Bodo giler sipelaku anak2 kecil dpt masuk syurga ngko sah2la ke neraka jahanam
Quote Carcosa 24-1-2022 08:47 PM
Ekhhhh sbb2 mcm ni lah meols ada trust issue dgn org2 luar, hatta sedara mara pun, masa a nak meols baby. Me'ols beranak then balik rumah, then cakap "not accepting any visitors"

Harus sedara mara meols mencerca meols atas bawah. Tapi afa aku kesah??
Quote tumpanglalu74 24-1-2022 09:34 PM
Kalo kat sini aku pon nak cari kasi hentak sampe mati setan ney..
Quote afie_m 26-1-2022 12:46 PM
memang jenis tak berperasaan betul, sanggup kan buat macam tu dekat buda kecik..

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.040124 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top