Baru–baru ini, kecoh mengenai sebuah video menunjukkan seorang gelandangan yang didakwa ditendang seorang individu sehingga tertunduk menahan sakit.
Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu sedang mengemas tempat tidur gelandangan yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak alas tempat tidurnya. Gelandangan terbabit yang cuba menahan barang-barang tersebut dikemas seakan-akan cuba menghalang, namun secara tiba-tiba salah seorang daripada individu berkenaan menendang perut gelandangan yang dipercayai warga emas itu. Rata-rata meluahkan rasa marah kerana menganggap tindakan biadap itu tidak harus dilakukan kerana gelandangan tersebut juga manusia biasa dan sudah pun berusia.
Sepatutnya proses membersihkan kawasan tersebut dilakukan dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakiti mana-mana pihak dengan sesuka hati.
|
ADVERTISEMENT