CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1010|Reply: 2

"Ini Staf Kalian Ke DBKL? Dia Tiada Hak Buat Begitu" - Catriona Ross

[Copy link]
Post time 24-1-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode
Baru–baru ini, kecoh mengenai sebuah video menunjukkan seorang gelandangan yang didakwa ditendang seorang individu sehingga tertunduk menahan sakit.


Dalam video tersebut, kelihatan beberapa individu sedang mengemas tempat tidur gelandangan yang sarat dengan sampah serta kotak-kotak alas tempat tidurnya.


Gelandangan terbabit yang cuba menahan barang-barang tersebut dikemas seakan-akan cuba menghalang, namun secara tiba-tiba salah seorang daripada individu berkenaan menendang perut gelandangan yang dipercayai warga emas itu.




Kredit foto: IG Catriona



Rata-rata meluahkan rasa marah kerana menganggap tindakan biadap itu tidak harus dilakukan kerana gelandangan tersebut juga manusia biasa dan sudah pun berusia.


Sepatutnya proses membersihkan kawasan tersebut dilakukan dengan cara yang lebih baik agar tidak menyakiti mana-mana pihak dengan sesuka hati.




  



Bukan netizen sahaja, tindakan tersebut turut mendapat perhatian pelakon Catriona Ross yang turut mengulas kejadian itu.


Dalam perkongsian tersebut, Catriona turut bertanyakan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adakah pelaku individu tersebut merupakan pekerja dari DBKL.


Tambahnya lagi, individu pelaku tiada hak untuk mengasari gelandangan tersebut dengan melakukan tindakan sedemikian.




Kredit foto: IG Catriona





Bukan itu sahaja, Catriona juga turut meminta agar pihak PDRM untuk menyiasat kes yang terjadi itu. Diharapkan kes sedemikian mendapat jalan penyelesaian dan pihak yang bertanggungjawab dapat memperjelaskan perkara yang sebenarnya terjadi.




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2022 03:19 PM | Show all posts
Patut Azam belen yg kene tendang mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2022 05:51 PM | Show all posts
Kak Cat ni dah macam pengacara RTM EisyaToh tu yang semua issue dia nak persoalkan, macam moral police gitu... kadang bagus, kadang tu nampak annoying sebab macam takleh cool relaks update pasal kerjaya..dah caca marba dah social media sheols sebagai artis dan selebriti...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.040471 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list