Kita sering kali mempunyai anggapan bahawa orang kurang siuman ini tidak dapat berfungsi seperti manusia yang normal. Ada sahaja perkara di luar jangkaan yang mereka boleh lakukan.
Kadang-kadang kita takut dengan mereka kerana terdapat berita yang tular mengenai orang kurang siuman yang bertindak menyakiti seseorang. Namun, pernahkah kita lihat orang kurang siuman yang tidak pernah meninggalkan solat? Mari kita ikuti kisah ini.
Beberapa hari yang lepas, perkongsian video dari seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Mi Miey mendapat perhatian netizen. Menerusi video tersebut, kita dapat melihat kelibat seorang lelaki yang memakai baju yang 'compang-camping' sedang menunaikan solat di sebuah kedai yang sedang di 'renovate'.
Walaupun berpakaian sedemikian, lelaki kurang suiman yang dikenali sebagai Syed Khairol itu tetapi melakukan rukun solat iaitu rukuk, sujud dan duduk tahiyat seperti manusia normal.
Menurut Mi Miey, Syed Khairol selalu datang ke kedainya yang sedang diubah suai tetapi tidak pernah sekali pun dia menganggu orang lain. Bahkan, sikapnya yang happy-go-lucky itu sangat menghiburkan hati.
Kita yang dikurniakan akal fikiran yang normal ni pun kadang-kala alpa dan tidak mengerjakan solat dengan sempurna, terdetik juga di hati ini berasa malu apabila melihat perbuatan Syed Khairol.
Meninjau ke ruang komen, rata-rata netizen berasa terharu dan tersentuh hati melihat tindakan Syed Khairol yang masih mengutamakan solat walaupun dengan keadaan dirinya yang sebegitu.
Kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Syed Khairol, apa sahaja boleh terjadi dengan keizinan Allah. Semoga satu hari nanti Syed Khairol akan sembuh seperti sedia kala. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My