CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terperangkap Dengan Mayat Ibu- Bayi Berlumuran Tahi, Dehidrasi Teruk

24-1-2022 08:59 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1774| Komen: 11

Seorang bayi ditemui berlumuran najis dan mengalami trauma teruk selepas 'terperangkap' di dalam bilik yang sama dengan mayat ibunya yang meninggal dunia lima hari sebelumnya akibat pengambilan dos ubat berlebihan, menurut dokumen mahkamah.


Ketika kejadian, kanak-kanak berusia 15 bulan, Lyric Laboy ditemui meniarap di bawah katil hanya beberapa meter dari mayat ibunya, Shelbi Westlake, 26, di sebuah pusat perlindungan keluarga di Manhattan, New York di Amerika Syarikat.

Menurut laporan New York Post, bayi itu berlumuran dengan najis, mengalami dehidrasi teruk dan memerlukan rawatan segera di hospital selepas diselamatkan.apabila dia akhirnya diselamatkan.

Foto: Mirror UK


Bayi tersebut juga mengalami ruam lampin yang masih belum sembuh sejak insiden tragis pada Julai 2021.

Susulan kejadian itu, bapa kanak-kanak berkenaan memfailkan saman terhadap Jabatan Perkhidmatan Gelandangan negeri untuk ganti rugi sebanyak AS$5 juta (RM229 juta).

Jabatan gelandangan menafikan bayi itu ditinggalkan bersendirian selama lima hari, tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenai berapa lama kanak-kanak itu ditinggalkan.

Bercakap kepada New York Post, mereka memberitahu kejadian tersebut sedang disiasat dan cara kerja mereka berubah selepas insiden itu.

Menurutnya, pusat perlindungan itu kini menjalankan pemeriksaan kesihatan malam yang sama untuk penghuni yang gagal melaporkan diri setiap petang.

Keadaan fizikal Lyric juga semakin baik selepas berat badannya bertambah. -CARI

Sumber: mStar Online/ Mirror

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nononcrux 24-1-2022 09:38 AM
Untung lah tiber nak saman, yang engkau bapaknye nape tak jaga budak tu kalau tahu bini kau tak berkemampuan fizikal & mental.. sialan punya jantan! pelik juga pusat perlindungan keluarga tu tak kan tak perasan 5hari ada mayat
Quote hareeeesah 24-1-2022 11:16 AM
C berbau ke.. 5hari dah. Ank tu pun x meragam ke takkn la diam je.. laki tu dah apehal sedap je nak saman.
Quote I.K.A888990 24-1-2022 11:23 AM
kesiannya baby tu
lama jugak ya xada yg perasan
Quote Minami2013 24-1-2022 11:31 AM
Dah bapaknya pun tak mampu nk jaga anak ada hati nak saman. Walaupun sebenarnya pusat perlindungan tu pun bermasalah juga sbb tak de pemantauan. Adakah cuma provide tempat tinggal je, pandai2 la jaga diri masing2.
Quote Artemesiaa 24-1-2022 12:58 PM
Syukur dapat diselamatkan.  Bab saman menyaman ni benda biasa je disana sebab mereka berani guna kuasa perundangan berbanding disini.  
Quote tupaiterbang 24-1-2022 01:30 PM

bapaknya pun dah la culas tak reti2 nak bertanggungjawab...ada hati lagi nak saman tu
Quote orenmango 24-1-2022 01:41 PM
tupaiterbang replied at 24-1-2022 01:30 PM
bapaknya pun dah la culas tak reti2 nak bertanggungjawab...ada hati lagi nak saman tu

Belum tentu menang. Ntah2 dia pulak kena charge neglect
Quote jalfa 24-1-2022 01:53 PM
Tiber bapa muncul..tapi lehnat sgt pusat tu sampai lima hari mayat dibiarkan...selayaknya disaman
Quote tupaiterbang 24-1-2022 01:57 PM
orenmango replied at 24-1-2022 01:41 PM
Belum tentu menang. Ntah2 dia pulak kena charge neglect



harap2 dia kena saman dulu sebelum dia sempat menyaman
bapak2 culas bukan kat malaysia je ye...satu dunia peel sama bila mak pak dah bercerai

Quote Shazid 24-1-2022 02:45 PM
Kesiannya....nasiblah baby tu survive
Quote KamikuP 24-1-2022 03:39 PM
Bapaknya muncul pastu nak saman juta jutaan ewh ewah.. ko ingat ko Azambelen?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.268418 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top