CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Perkembangan Terkini Julia Rais, Bakal Timang Cucu Kedua?

24-1-2022 01:52 PM| Diterbitkan: kp5x| Dilihat: 200374| Komen: 768|Original author: kp5x

Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais, 49 atau lebih dikenali sebagai Julia Rais di dalam dunia hiburan tanah air mula menempa nama di awal 90 an melalui filem Mira Edora dan seterusnya diangkat sebagai Bintang Harapan FFM9 menerusi filem Hati Bukan Kristal.


Foto : pinterest.com

Filem Suci Dalam Debu yang ditayangkan pada tahun 1992 merupakan filem terakhir lakonan aktres berdarah kacukan Melayu dan Inggeris ini sebelum kelibatnya hilang daripada industri seni tanah air dan seterusnya membawa kepada spekulasi yang mengatakan beliau telah berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang ketika itu yang kini merupakan Yang Dipertuan Agong ke-16, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.


Pada bulan November tahun sama Julia Rais menerima kelahiran puteri sulungnya, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah.

Sehingga kini keberadaan beliau menjadi tanda tanya dan foto terkini yang dapat ditatap peminat hanyalah foto dia sedang mendukung cucu pertamanya yang merupakan anak sulung kepada Puteri Iman Afzan. Foto yang diambil membelakangkan kamera itu dimuat naik oleh Tengku Puteri Iman dengan kapsyen yang berbunyi "My mommy and my son".

Menerusi hantaran terkini di laman Tengku Iman Afzan, nampaknya YAB Cik Puan Julia Aishah bakal menimang cucu kedua apabila foto yang dikongsikan menunjukkan puteri sulung YDPA ke-16 itu jelas sedang berbadan dua. -CARI

Foto : Instagram Tengku Iman Afzan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote albedah 24-1-2022 02:18 PM
Julia Aishah?
Quote fadz84 24-1-2022 02:22 PM
albedah replied at 24-1-2022 02:18 PM
Julia Aishah?

Reporter tersilap ngn birasnya CP Julita Aishah kot.. hehehe
Quote TabletSusu 24-1-2022 02:25 PM

aah nama btul dia julia aishah
Quote watie79 24-1-2022 02:27 PM
amboi...yg adik kawin ngan Julita Aishah..dekat2 sama jer nama
Quote missbigrockstar 24-1-2022 02:29 PM
Edited by missbigrockstar at 24-1-2022 02:32 PM

Faith dan siblings tak boleh lawan kecantikan omak. Antara aktres tercantik di Msia circa 80-90an. Anak2 dia semua gusi besar
Quote blakerainer 24-1-2022 02:47 PM
Anak dia yg ada rupe cm dia ameera tu kot wpun chubby siket. Faith ni terserlah jongos dia.
Quote zeetot 24-1-2022 02:51 PM
Memang takleh reveal ke in public?
Quote bondeh 24-1-2022 03:10 PM
Ada dayang yistana bgtau JR nih singgah sekejap je kat yistana pastu adalah dayang ponen nak bergambar dengan JR tapi ditegah oleh Permaisuri.. entah betul ke tidak cerita dayang ponen ittew.. tapi yang pasti kata dayang ponen tuh, JR memang lagi cantik dari anak2nya..
Quote KamikuP 24-1-2022 03:21 PM
Pekat betul gen payung kuning ni yaachh
Quote DianaSaksen 24-1-2022 03:53 PM
Paling lawa ilisha lah
Ikut muka Jr..
Iman Dan ilyana tu muka biasa jer
Nothing special
Quote dejure 24-1-2022 03:55 PM
bondeh replied at 24-1-2022 03:10 PM
Ada dayang yistana bgtau JR nih singgah sekejap je kat yistana pastu adalah dayang ponen nak bergamb ...

Tak bestnya hidup mcm ni kann..semua benda di kawal.smp nk tgk cucu sendiri pon susah..apa guna berduit kalau hidup semua di kawal..baik jd mcm azrinaz tu bebas nk ke sana sini wlpn tak dpt jumpa ank yg dgn laki sultan tu..
Quote ezacbee 24-1-2022 03:56 PM
DianaSaksen replied at 24-1-2022 03:53 PM
Paling lawa ilisha lah
Ikut muka Jr..
Iman Dan ilyana tu muka biasa jer

Sayang kannn.. mak lagi cun dpd anak2. Apa boleh buat gen kayangan kuat.
Quote dua_chzy 24-1-2022 03:56 PM
bondeh replied at 24-1-2022 03:10 PM
Ada dayang yistana bgtau JR nih singgah sekejap je kat yistana pastu adalah dayang ponen nak bergamb ...

Sah2 la. Dah genetik apak kuat melekat. Kalau bukan puteri raja, tak mungkin porumer2 penyembah keluarga diraja puji cantik la classy la elegan la di bod kenamaan tu.
Quote Nuyak 24-1-2022 04:08 PM
Julia Rais dahhh...mana datang aisyah nya...hahaha..minat gila dengan dia , mira edora ...
Quote miemiecha 24-1-2022 04:13 PM
baca lam box bio tu kelakar..
tahap pendidikan : rahsia
makanan kegemaran : rahsia

eh cam zaman sekolah puleksss
Quote orkidorkido 24-1-2022 04:22 PM
Masa pertabalan Sultan P jad Agong dulu, ada netizen komen ‘mana Che Puan JR, takde nampak pun’. Admin istana jawab ‘Istana P tidak pernah mengurniakan gelaran tersebut’ terkejut iols baca. Anyway itu memang janji kedua ayahanda masa si suami ni kawin, tak nak beri apa-apa anugerah/gelaran. Kesian juga kuin, dia dahlah struggle nak dapat anak waktu tu, si suami kawin dengan no.dua dapat anak berderet. Aku boleh faham apa perasaan dia
Quote prince_marhaen 24-1-2022 05:10 PM
teringin sangat nak tengok gambar proper JR masa sekarang ni....mesti cantik tu tak hilang kan.
Puteri-puteri sheols dapatlah tempias sikit-sikit kan lawa dia tu sini sikit sana sikit, walaupun genetik SPBYDPA kuat ye.
Quote hotmak 24-1-2022 05:11 PM
kurusnya julia rais dlm gambar tu, tak mcm nenek2 pun
Quote sharlenetexas 24-1-2022 05:12 PM
Wujud eh filem suci dalam debu?

Lihat semua komen(768)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:15 PM GMT+8 , Processed in 0.452229 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top