CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

40 Tahun Jadi Hamba Bapa Dan Anak Sendiri- Dikurung Dalam Bangsal Tanpa Tingkap Dan Bilik Air

21-1-2022 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 693| Komen: 2

London– Seorang lelaki yang diperhambakan selama 40 tahun oleh bapa dan anaknya berjaya diselamatkan pihak berkuasa Britain, lapor akhbar Mirror UK.

Sepanjang hidupnya, mangsa yang bekerja di ladang suspek ‘dikurung’ di dalam sebuah bangsal kecil tanpa tingkap dan kemudahan bilik air.

Menurut mangsa yang dirahsiakan identitinya, dia juga disuruh melakukan kerja-kerja seperti membaiki bumbung, menurap jalan dan mengecat rumah dengan bayaran cuma £10 (RM57) sehari.

Ketika polis menyerbu bangsal tersebut, mangsa berada dalam keadaan menyedihkan dengan pihak berkuasa menggambarkan rumah anjing milik suspek adalah lebih cantik berbanding tempat tinggal lelaki itu.


Foto: NCA


Dia juga kelihatan  takut-takut apabila diminta mengikut polis ke balai untuk membantu siasatan lanjut.

“Tolong jangan biarkan saya melalui pengalaman dihambakan sekali lagi,” rayunya sebelum dijelaskan oleh pihak polis tentang situasi sebenar.


Peter Swails, Foto: NCA

Suspek, Peter Swailes mengaku salah atas tuduhan di bawah Akta Perhambaan Moden 2015 ke atas mangsa dan kini menunggu tarikh perbicaraan. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini

Komen Terbaru

Quote nononcrux 24-1-2022 11:25 AM
jahat la manusia hati setan ni..
Quote KamikuP 21-1-2022 10:42 AM
Anak dia lembam ke sampai jadi lagu tu?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:14 AM GMT+8 , Processed in 1.226669 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top