Teheran, Iran– Saintis-saintis keliru setelah mendapati seorang lelaki di Iran berada dalam keadaan sihat walaupun tidak mandi selama 67 tahun dan hidup dengan memakan bangkai haiwan di jalanan, lapor akhbar Mirror UK.
Amou Jaji, 87, mendakwa bahawa dia tidak mandi selama beberapa dekad kerana percaya perbuatan itu akan menyebabkan dirinya bernasib malang dan membunuhnya. Pemakanan lelaki itu terdiri daripada haiwan-haiwan yang terbunuh di jalan raya seperti landak. Dia turut meminum air daripada lopak jalan untuk menghilangkan dahaga. Gaya hidup yang dipilih oleh Jaji menyukarkannya untuk berkawan atau mencari teman wanita, jelas lapor akhbar Daily Star.
Jaji dipinggirkan disebabkan aktiviti kegemarannya pada masa lalu kerana suka menghisap rokok paip yang diisi dengan najis haiwan. Penduduk di kampung Dejgah, Iran yang prihatin terhadap gaya hidup Jaji malah membina sebuah pondok kecil sebagai ganti kepada lubang yang dijadikan tempat berteduh. Pakar-pakar perubatan yang melawat pondoknya mendapati lelaki itu sangat sihat dan tidak mempunyai penyakit serius atau bakteria. Bukan itu sahaja, mereka mengesahkan bahawa Jaji tidak mempunyai parasit pada badan walaupun kurang menjaga kebersihan. Profesor Dr. Gholamreza Molavi yang menjalankan ujian kesihatan tersebut mendakwa bahawa lelaki itu kekal sihat kerana mempunyai sistem imunisasi badan yang sangat kuat. – CARI Sumber: Kosmo
|
Mooverine replied at 21-1-2022 08:38 AM
macam mana la bau orang ni kan..
helicornia: org gile kat tepi jalan tu elok je sihat walaupun tk mandi, makan pun ntah hapa2badan dah kebal dgn virus kuman
helicornia replied at 21-1-2022 09:39 AM
org gile kat tepi jalan tu elok je sihat walaupun tk mandi, makan pun ntah hapa2
badan dah kebal dgn ...
ADVERTISEMENT