Skuad bola sepak negara tewas kepada Jepun, 4-0, dalam perlawanan terakhir Kumpulan C, temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade), sebentar tadi. Kekalahan di Stadium Awam Jeongeup itu sekali gus menyebabkan anak buah Datuk Ong Kim Swee gagal mara ke pusingan suku akhir apabila menamatkan perlawanan kumpulan dengan himpunan tiga mata. Jepun dan Brazil melangkah ke suku akhir dari Kumpulan C selaku pendahulu dan penghuni tempat kedua, manakala Malaysia dan Iran akan beraksi dalam perlawanan klasifikasi bagi menentukan kedudukan terbaik di antara lapan pasukan. Skuad Kim Swee perlu menduduki sekurang-kurangnya tempat ke-12 daripada 16 pasukan bertanding, untuk layak bertanding secara automatik pada temasya akan datang di Taiwan, dua tahun lagi.
Sumber : http://www.bharian.com.my/ |
6
Bagus |
8
Marah |
6
Terkejut |
19
Sedih |
8
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT