CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bermain Permainan Video Aksi Bantu Keupayaan Membaca Kanak-Kanak

20-1-2022 03:45 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 815| Komen: 2|Original author: Agent13k

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik dari Switzerland dan Itali, mereka mendapati keupayaan membaca kanak-kanak meningkat sekiranya mereka bermain permainan video aksi sekurang-kurangnya dua jam seminggu menurut laman berita Wion News.

Kredit foto: The Guardian


Memetik Kosmo, penyelidik itu mengasingkan 150 pelajar sekolah di Itali berusia 8 hingga 12 tahun kepada dua kumpulan, satu kumpulan diminta bermain permainan video aksi yang dibuat sendiri oleh para penyelidik, manakala kumpulan lain disuruh bermain video yang dicipta untuk mengajar mereka membuat kod.

kredit foto: Internet matters.


Para penyelidik itu memastikan mereka bermain selama 2 jam seminggu dengan mengawasi mereka selama 6 minggu di sekolah, kanak-kanak yang bermain permainan video aksi didapati menunjukkan peningkatan dalam kelajuan dan ketepatan membaca juga memberi perhatian kepada bahan bacaan.


Menurut Angela Pasquolotto seorang pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di Jabatan Psikologi dan Sains Kognitif di Universiti Trento berkata, "Kami mendapati peningkatan tujuh kali ganda dalam kawalan perhatian oleh kanak-kanak yang bermain permainan video aksi berbanding kumpulan lain." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 20-1-2022 10:07 PM
Ye ke ni?  Aritu kata epilepsi..
Quote borne 20-1-2022 11:44 PM
Sekejap itu sekejap ini..

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.045506 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top