Terpaksa berpisah dengan anak berusia lapan bulan selama seminggu, penyanyi Dr Fitri Haris bulatkan hati bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Syria pada Selasa.
Bukan saja menghantar barangan keperluan, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata dia bersama lima orang wakil dari Kumpulan Mega Zahran akan berkongsi ilmu tangani Covid-19 kepada masyarakat di sana. "Sebelum ini pernah terfikir, macam mana nak tinggalkan anak masih kecil dan kita pun tak tahu kondisi dekat sana macam mana. "Tapi demi melaksanakan misi kemanusiaan dan bawa ubat-ubatan ke sana, saya ambil keputusan untuk pergi juga.
"Saya ke sana selama seminggu dan diuruskan oleh NGO Peduli Insan. Bukan saja barangan keperluan tapi kami akan kongsi ilmu mengenai cara untuk tangani Covid-19. "Sebabkan Covid-19, membuatkan saya untuk lebih giat dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya dapat membantu usaha menangani wabak itu," ujarnya kepada mStar.
|
slyfynx replied at 20-1-2022 09:17 AM
Yg ini aku paham sbb die ade kepakaran yang boleh dikongsi.
Takat pass kotak tu aku no komen
laksmanabentan replied at 20-1-2022 09:21 AM
kann... okay la ni... make sense la sbb dia doktor kann....
lagi pun laki, okay laa...
codenamedream replied at 20-1-2022 09:25 AM
Tapi Heols Dr PhD Muzik.
ADVERTISEMENT