View: 1290|Reply: 8
|
Fitri Haris Ikut Misi Ke Syria, Tinggal Isteri Dan Anak Usia 8 Bulan
[Copy link]
|
|
Terpaksa berpisah dengan anak berusia lapan bulan selama seminggu, penyanyi Dr Fitri Haris bulatkan hati bagi meneruskan misi kemanusiaan ke Syria pada Selasa.
Bukan saja menghantar barangan keperluan, Fitri atau Mohamad Fitri Mohamad Haris berkata dia bersama lima orang wakil dari Kumpulan Mega Zahran akan berkongsi ilmu tangani Covid-19 kepada masyarakat di sana.
Foto: IG
"Sebelum ini pernah terfikir, macam mana nak tinggalkan anak masih kecil dan kita pun tak tahu kondisi dekat sana macam mana.
"Tapi demi melaksanakan misi kemanusiaan dan bawa ubat-ubatan ke sana, saya ambil keputusan untuk pergi juga.
"Saya ke sana selama seminggu dan diuruskan oleh NGO Peduli Insan. Bukan saja barangan keperluan tapi kami akan kongsi ilmu mengenai cara untuk tangani Covid-19.
"Sebabkan Covid-19, membuatkan saya untuk lebih giat dalam bidang perubatan. Sekurang-kurangnya dapat membantu usaha menangani wabak itu," ujarnya kepada mStar.
Untuk rekod, isteri kepada Fitri iaitu Fazilah Omar melahirkan anak pertama mereka yang diberikan nama Bilal Habibi pada 28 Jun tahun lalu.
Sementara itu, isteri yang juga pengurus kepada Fitri iaitu Fazilah Omar mengakui buat pertama kali dia tidak dapat mengikuti suaminya menyertai program itu.
Biarpun berasa bimbang dan rindu namun Fazilah atau mesra disapa sebagai El memahami kerja dan tanggungjawab suaminya.
"Selalunya memang saya akan bersama dengan dia sebab kebanyakan pergerakan kerja memang kami akan uruskan bersama.
"Rasa-rasanya selepas bergelar isteri, ini kali pertama program besar dia sertai tapi saya tak dapat ikut. Jadi, sudah tentu kerisauan itu lebih.
"Tambahan pula, misi kemanusiaan ke Syria. Tapi saya faham, saya ada tanggungjawab di sini. Sebelum dia naik kapal terbang pun kami dah saling merindui," katanya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg ini aku paham sbb die ade kepakaran yang boleh dikongsi.
Takat pass kotak tu aku no komen |
|
|
|
|
|
|
|
kann... okay la ni... make sense la sbb dia doktor kann....
lagi pun laki, okay laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
laksmanabentan replied at 20-1-2022 09:21 AM
kann... okay la ni... make sense la sbb dia doktor kann....
lagi pun laki, okay laa...
Tapi Heols Dr PhD Muzik. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahhahaaa.... ye ker???
ingatkan doktor perubatan... alahaaaiii....
|
|
|
|
|
|
|
|
La katik je. Nmpk cm tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Ya mmg rendang orgnya |
|
|
|
|
|
|
|
tak kenal... tapi moga selamat dan di permudahkan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|