Gempa bumi bermagnitud 6.7 Richter menggegarkan Sumur, dekat Wilayah Banten, Indonesia sekitar jam 4 petang waktu tempatan pada Jumaat lalu nyata mencemaskan penduduk apabila orang ramai lari bertempiaran menyelamatkan diri. Pengalaman menakutkan itu turut dikongsi usahawan yang kini bergelar penyanyi, Iqbal Zulkefli ketika melalui situasi gempa bumi di Indonesia. Menurut penyanyi lagu Hujan itu, kejadian mencemaskan itu merupakan kali pertama dia merasai gempa bumi dan ia berlaku ketika dia sedang tidur di bangunan hotel yang didiami di negara jiran itu.
"Pengalaman pertama merasai gempa bumi yang baru sahaja berlaku di sini tadi. Tempat yang lebih tepat berlaku di Serang, Banten - 6,7. "Kencang, gegaran pertama, saya sedang tidur lalu dikejutkan oleh kawan dan pembantu rumah. Saya satu-satunya penginap di bangunan hotel ini. Tiada orang lain yang sewa di sini selain saya. "Saya di tingkat paling atas, gambar di dinding hampir jatuh, lif bergoyang, air berkocak," kongsinya menerusi Instagram Story. Tambah bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida itu, semua staf turun menggunakan tangga dan berkumpul di bawah bangunan. Namun dia turun menggunakan lif dan melihat sendiri gangguan elektrik di dalamnya. "Semua staf di sini berkumpul di bawah, mereka turun guna tangga sahaja. Saya turun guna lif, lampu lif tertutup dan terbuka setiap detik," coretnya lagi. Kemudian, gegaran kali kedua berlaku kira-kira selepas setengah jam dan Iqbal cepat-cepat mengajak rakan serta pembantunya turun ke bawah sekali lagi. Terdahulu, Iqbal memaklumkan dia berada di Indonesia untuk tempoh yang agak panjang atas tujuan kerja dan mencari ketenangan di luar Malaysia.
|
akuchenta: Edited by akuchenta at 19-1-2 ...
BungaTepiMeja replied at 19-1-2022 06:46 PM
Sebut apa sis.. TMI tu apa
KamikuP replied at 19-1-2022 04:42 PM
Euwww cam gampang .. there i said it
dudaberhias replied at 19-1-2022 04:46 PM
Cam panterk betul asyik keluar artikel pasal dia ni. Tak lain tak bukan mesti so muka blob fish ni y ...
mojarean_X: Apa yg dia wat kt Indonesia la ...
gideoncross replied at 20-1-2022 02:40 AM
Thumbnail video dia yg last tu mmg klakar.
KamikuP replied at 20-1-2022 12:44 PM
Ceh.. terpaksa meolss scroll balik tengok gambo yg terjelir lidah tu..yuck..
Shazid replied at 20-1-2022 12:13 PM
Beraninya guna lif...klu ikut protokol tak boleh tu
ADVERTISEMENT