CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boy Iman Jeneral Perang Yang Masih Hebat Beri Sebab Kenapa Perlu Berbisnes Dengan Dia

19-1-2022 04:11 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 4008| Komen: 28|Original author: LilRose

Pelakon dan ahli perniagaan Datuk Boy Iman menerusi Instagram menyeru orang ramai menjalankan perniagaan bersamanya.


Kredit foto: IG

Dalam hantaran itu, dia memberi tujuh sebab kenapa perlu menyertainya.

Selain menyatakan syarikatnya kukuh, Boy menegaskan bahawa produknya berkualiti dan memiliki lesen dari KKM dan sijil halal.


Kredit foto: IG


"Produk nombor 1 dalam ranking pasaran, ada pengiktirafan dlm Malaysia, Asia dan Antarabangsa," tulisnya.

Boy juga menjamin komisen dan ganjaran setinggi 70 peratus yang senang diperoleh dan mudah dicapai.

"Siapa yang kenal saya, tahulah saya ni macam mana..seorang yang bermotivasi tinggi, beraura positif, dikenali ramai sebagai usahawan selebriti, ilmu dalam bisnes boleh tahanlah dan pengalaman yang ada di dada boleh guide anda," katanya.


Kredit foto: IG

Tambah Boy, dia bukan sekadar menjual air liur kerana semua orang boleh nampak bukti nyata yang boleh dipegang dan dirasai.

Dalam hantaran di IG sebelum ini, Boy dengan semangat berkobar-kobar menyatakan dia kini bangkit dengan syarikat, produk dan pemasaran yang betul.


Kredit foto: IG

"Saya kembali berperang untuk membuktikan saya adalah Jeneral Perang yang masih hebat dengan izin Allah, inilah masa pembuktian!"


Kredit foto: IG


Sementara itu, di Instastory, Boy memuat naik beberapa tangkap layar sebagai bukti gaji sehari mencecah lebih RM3,000!



Kredit foto: IG

Boy dah bagi bukti, ada yang tergugat iman nak sertai team dia ke? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 19-1-2022 06:05 PM
Beraura positif? Kemain claim..jap..die ni mmg suka bgmbar kt pagar ke cmne..umur da tua ni jgnla sibuk kaler rmbut mcm zaman rempit dulu
Quote rarageng 19-1-2022 06:32 PM
sapa yg percaya mmg b*d*h...tak serik2 ke game dia cam ne....melayu mudah lupa...
Quote laksmanabentan 19-1-2022 06:49 PM
hahahahaa.... tetap aja ada yang percaya ya....
Quote nakkomenjugak 19-1-2022 07:59 PM
hahahahahhaah
datuk boy scammer
suka bebeno ko snap pic kat pagar
dalam tu takde opis keee??
Quote makneng 19-1-2022 08:02 PM
Hurm.. Buat balik perangai lama.. Kang kau kena arak dari satu lokap ke satu lokap.
Siapa2 yg join mmg serah tengkuk kena pancung.
Quote Belibis 19-1-2022 08:37 PM
MLM rokok..1st time dengar..kalau ko jual 6 rm,aku on.
Quote dudaberhias 19-1-2022 08:40 PM
nauzubillah min zalik... masih ada pakcik2 dan makcik rhoper kelindan lori dan penjual sayur di pasar selayang yang join bisnes2 gini yach... ternyata suri2 rumah yang kena scam tu bukan lah sebab deorang tak alert atau tak tahu pasal isu2 scam ni... rupanya sebab masing2 lembam... iq mereka tak boleh lepas 3 digit... dah sampai ke tangga 99, terus jatuh balik ke 1, tak boleh nak lepas ke 100 atau 101...
Quote BlackOpium 19-1-2022 09:15 PM
Kau biar betul? Tak pernah dengar pun pasal produk tu. Ada yang percaya ke?
Quote rukia2 19-1-2022 09:24 PM
jual rokok ke...ye ye je ada lesen kkm bagai...kkm ada keluarkan lesen niaga ke?
Quote epal21 20-1-2022 12:00 AM
dudaberhias: nauzubillah min zalik... masih ...


Kan abang2 lori katanya gaji rm5k ke atas. Itu yg tak tahu mana nak campak duit tu. Campaklah pada jeneral perang ni. Anyways, boyiman ni join phytoscience ke? Makcik iols pernahlah join phyto ni guna duit gratuity dia. Penyudahnya lebur duit tu. Dulu2 geng2 phyto ni  bukan main rancak.
Quote epal21 20-1-2022 12:01 AM
rukia2 replied at 19-1-2022 01:24 PM
jual rokok ke...ye ye je ada lesen kkm bagai...kkm ada keluarkan lesen niaga ke?

Dia ni pakai hembus je kot cakapnya. Tengok muka pun iols tak konfidem rgn dia. Ntah mana datangnya 'aura positif', seorang yg bermotivasi tinggi tu? Muka scammer ada pah. Nampak  muka macam pakcik yg kalau jadi peniaga pun jenis yg tak jujur.
Quote epal21 20-1-2022 12:07 AM
Once a ta** mlm, always a ta** mlm. Dia ni dulu bukan ke join figo, macam marketplace platform tapi mahal berganda barang2 drp shopee atau LZD. Lepas tu katanya belajar part time kat um kan? Bila konvonya?
Quote norawestallen 20-1-2022 03:43 AM
Produk apa yg no.1 tu. MLM le tuh
Quote ashilalat 20-1-2022 08:13 AM
Ingat dah x de dah gelaran dato tu
Quote taji2906 20-1-2022 08:32 AM
1- Muka memang tak boleh percaya. rekod buruk sebagai penipu, kaki putar, bibir menjuih salahkan partner. menipu dpt phd. membohong dpt dato pagar. membongak aniaya org buat rumah dgn dia. jd tembok buruk je rumah2 tu.

2. kalau bisnes berasaskan dari MLM, korang masih nk percaya lg ke? dari zaman luxor, ac gelang dan sebagainya terus katup bila upline semua da kaya. yg downline bodo abis duit, bulan2 kena bayar loan.

3. dia eja ranking as rangking. hahah. claimed produk dia no 1. ntah x pernah dgr tiba2 je kata no 1. kejadahnya? situ je aura penipu da berkilauan. aku pun mcm musykil je kata lulus cukai kastam rokok dia ni. hahah

4. segala testimoni yg nampak sgt membongak. adoii.. x paham la aku sapa yg boleh terikut dia ni.
Quote JalaEmas 20-1-2022 08:37 AM
Kalau ade lg yg caye taktau nak kate ape laa...
Quote bulalof 20-1-2022 09:49 AM
masih ada target market buat DBI.

ini membuktikan masih ramai yg x cerdik. bantulah mereka dari terjerumus.
Quote sunshinelady 20-1-2022 10:00 AM
apa ke benda yg dia jual tu? rokok kasi penyakit kah? halal betul tu. dengan rasa bangga lagi tu ajak org join. mulia sungguh business dia.
Quote buapakperut 20-1-2022 11:00 AM
Tak habis2 nak scam duit orang siboyak kepam ni

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.150646 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top