“Korang janganlah gunakan alasan ‘tak jadi kahwin’ semata-mata nak cancel booking padahal tidak pun, nak cancel booking sebenarnya sebab nak berinai dengan kawan sahaja.”
Menerusi posting terbaru Astinawira di akaun Tiktoknya, dia selalu berdepan dengan pelanggan yang memberikan pelbagai alasan tak masuk akal hanya semata-mata mahu membatalkan tempahan. Sudah hampir tujuh tahun dia berkecimpung dalam perkhidmatan ini dan alasan selalu sangat digunakan dengan harapan supaya mereka mendapat semula wang deposit yang telah dibayar.
Lagi menyedihkan apabila ada pelanggan yang sanggup beri alasan tak jadi berkahwin atau tunang, tetapi apabila melihat instagram mereka, majlis perkahwinan atau pertunangan itu berjalan seperti biasa. Ada juga sanggup membatalkan tempahan sehari sebelum majlis berlangsung di saat Astinawira sudah menyediakan semua barangan, walaupun barangan tersebut tidaklah mahal tetapi masa yang diperuntukkan untuk menyediakan barang-barang tersebut terbazir begitu sahaja apabila pelanggan batalkan di saat akhir
Kata Astinawira, ini adalah cabaran yang henna artist terpaksa tempuhi terutamanya apabila berdepan dengan pelanggan yang tidak faham dengan konseo servis ini. Sikap itu sangatlah tidak profesional. Susah untuknya berdepan dengan pelanggan yang tidak boleh bertolak ansur.
Jelasnya, biasanya deposit yang telah dibayar memang tidak akan dipulangkan semula kepada pelanggan. Namun, ada sesetengah kes di mana pelanggan sanggup bergaduh dengannya semata-mata mahu mendapatkan balik duit deposit itu, Astinawira pulangkan sahaja duit tersebut kerana tidak mahu pening kepala.
Sumber: Instagram Astinawira
Antara hasil kerja Astinawira.
Moga dipermudahkan urusan orang yang menawarkan servis inai ini, bukan senang nak hadap ragam pelanggan. -CARI