Susulan terlibat dalam kemalangan motosikal pada Isnin, pelakon Azhan Rani mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang membantunya pada hari kejadian.
Azhan, 45, juga bersyukur dan menghargai tindakan pantas pemandu lori mengawal situasi agar tidak berlaku perkara yang lebih buruk. "Buat bro Firdaus dan sesiapa sahaja yang bantu saya pada hari kejadian 17 Januari lalu sekitar 12.30 tengah hari di Jalan Templer Park menghala ke Kuala Lumpur. "Semoga Allah merahmati kalian, terima kasih jasa baik anda.
"Buat dua abang lori yang berdiri tu, terima kasih kerana berjaya menghentikan lori dan tak langgar saya" ujarnya. Pada Rabu Azhan memuat naik sekeping foto ketika kejadian yang dihantar oleh seorang pengikut di laman sosial. Pelakon drama Nur itu terlibat kemalangan motosikal di Jalan Templer, Rawang, Selangor, pada Isnin. Sementara itu, Azhan turut menegur tindakan dua orang remaja penunggang motosikal yang cuai sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut. Dalam kemalangan itu, Azhan mengalami kecederaan tulang belikat sebelah kiri pecah serta tulang bahu dan tulang rusuknya retak. Sumber: mStar
|
helicornia replied at 19-1-2022 04:08 PM
apo ni? tajuk kata minta maaf kt 2 remaja. isi kata menegur 2 remaja punca kemalangan. ko sekolah ta ...
gold_teeth replied at 19-1-2022 04:11 PM
Iya dlm ig post n attachment atas dia say sorry sebab tinggi suara n hancurkan/ langgar motor adik ...
Prickford replied at 19-1-2022 05:00 PM
Budak yg langgar heolls tu anak orang sama tempat dgn keje iolls.
Lesen takde & roadtax mati.
Login_ID replied at 20-1-2022 08:26 AM
haiyyoo adik2... silalah tunggang motor lebih hati2.
apa ingat nyawa boleh topup di kedai handphone ...
ADVERTISEMENT