Pertemuan buat pertama kali bersama bakal ibu mentua mungkin perkara paling ditakuti serta mendebarkan bagi seorang wanita.
Wujud perasaan bimbang jika bakal mentua tidak menyukai personaliti diri dan seterusnya tidak merestui hubungan. Namun, setiap ibu sudah pasti menginginkan yang terbaik untuk mereka, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Menerusi satu ciapan dari pengguna laman Twitter dikenali sebagai Area Julid berkongsi kisah seorang wanita yang baru sahaja bertemu dengan bakal ibu mentuanya.
Namun, pertemuan berkenaan bertukar menjadi ‘mimpi ngeri’ apabila ibu teman lelakinya itu memintanya untuk mengupas mangga. Lebih cemas apabila dia tidak tahu bagaimana untuk melakukannya. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka bahawa ibu teman lelakinya itu menyindir dengan kata-kata yang menyakitkan hati gara-gara dia tidak reti untuk mengupas mangga. Susulan daripada itu, wanita berkenaan meminta maaf kepada bakal ibu mentuanya itu dengan memberitahu hal yang sebenar serta mengatakan bahawa dia memang tidak mahu melakukan perkara itu semasa di rumah. Sumber: OHBulan |
ADVERTISEMENT