Baru-baru ini tular sebuah video ceramah yang memaparkan seorang ustaz muda yang dikenali sebagai Ustaz Mohd Rizal Azizan mendedahkan apabila zikir taubat nasuha adalah zikir syirik mengikut tafsirannya.
Zikir yang sering diamalkan oleh orang Islam itu dianggap syirik kerana maksudnya yang dikatakan tidak mahu masuk ke syurga seperti yang dinyatakan berikut: "Wahai Tuhan aku tak layak ke SyurgaMu, namun aku tidak sanggup ke nerakaMu, terimalah taubatku dan ampuni segala dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."
"Dulu saya hafal masa sekolah, tapi bila sudah tahu sesat, saya tidak hafal lagi." kata Ustaz Mohd Rizal. "Dia tidak layak dan tidak mahu masuk syurga, neraka pun dia tidak sanggup, dia nak duduk tengah-tengah. Maknanya di antara syurga dengan neraka ada satu tempat yang dipanggil R&R (rehat dan rawat)," begitulah seperti yang disampaikan ustaz muda ini mengikut pemahamannya. Ucapan ustaz muda itu benar-benar mengejutkan sehingga mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus lalu mengatakan pemahaman ustaz muda itu adalah sesuatu yang bodoh. Ustaz Azhar Idrus menerangkan zikir ini membawa maksud sifat tawadu' Imam As-Syafie iaitu penuh dengan rasa rendah diri dan bukanlah sebab Imam As-Syafie tidak mahu masuk ke syurga Allah. Ia juga dipanggil sebagai syair yang dipuji ribuan ulama seperti mana yang diterangkan dalam video ceramah tersebut. Netizen juga turut mengatakan ustaz muda itu bodoh kerana tidak memahami maksud syair itu hingga membuat kesimpulan yang tidak sepatutnya. Semoga Ustaz Mohd Rizal dapat mencari guru agama yang baik untuk belajar memahami zikir atau syair yang sering dipasang di corong radio, televisyen dan Youtube. Bukan dengan mudah mengatakan zikir itu syirik hingga mencetuskan kekeliruan masyarakat Islam. - CARI
|
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...
kelapaparut replied at 19-1-2022 10:30 AM
elok la lobai vs lobai, biar netizen pening nak sokong sape. Asyik mnuduh org lain liberal segale, k ...
ADVERTISEMENT