CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Mungkin Mati Pucuk, Kekasih Sembur Buih Plastik Pada Anu

19-1-2022 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 970| Komen: 0

Description: New York – Seorang lelaki berdepan risiko kecacatan kekal pada zakarnya akibat gumpalan buih plastik yang disembur secara tidak sengaja dan mengeras dalam alat sulitnya, lapor akhbar Daily Mail.
New York – Seorang lelaki berdepan risiko kecacatan kekal pada zakarnya akibat gumpalan buih plastik yang  disembur secara tidak sengaja dan mengeras dalam alat sulitnya, lapor akhbar Daily Mail.


Kes yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu  dilaporkan bermula dengan kekasih pesakit itu secara tidak sengaja tertekan picu botol semburan buih poliuretana (SPF) bagi menegangkan alat sulitnya semasa persetubuhan.

SPF digunakan secara meluas bagi pembinaan rumah sebagai bahan penebat dan menutup rekahan pada dinding.


Ketulan buih plastik yang dikeluarkan dari pundi kencing dan zakar seorang lelaki gelandangan di AS. - Rosa Parka, Susan M. MacDonald


Mangsa yang dirahsiakan identitinya, turut berdepan masalah mati pucuk dan mengaku menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat situasi tersebut.

Seorang pakar urologi berkata,  lelaki itu menunggu tiga minggu untuk mendapatkan rawatan perubatan selepas sukar membuang air kecil dan apabila tiba di hospital, dia sudah mula mengalami pendarahan.

Imbasan X-ray menemui pelbagai saiz jisim buih yang sudah mengeras dengan ukuran sepanjang 11 sentimeter (sm).

Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan ketulan buih keras dari dalam pundi kencing lelaki itu semasa pembedahan tetapi jisim yang terletak pada zakarnya lebih berbahaya.

Doktor terpaksa menggunakan prosedur yang dikenali sebagai urethrostomy perineal, di mana pembukaan baharu dibuat antara skrotum dan dubur untuk mengeluarkan ketulan yang tertinggal.

Proses membuang kesemua ketulan buih berjaya namun doktor meletakkan mangsa di bawah penilaian psikiatri sebelum meneruskan pembedahan membaiki salur kencing yang telah terpotong dua bagi menyelamatkan nyawanya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.147253 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top