CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Menteri Badut,"- Ucap Simpati Pada Mangsa Tsunami Sambil Swafoto Di Gimnasium

19-1-2022 08:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1074| Komen: 1

New Zealand– Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar swafoto di gimnasium beserta kenyataan  yang memaparkan rasa simpati beliau kepada mangsa bencana tsunami di Tonga, lapor akhbar Daily Star.


Netizen rata-rata menyifatkan hantaran itu jelas tidak sensitif kerana menzahirkan rasa simpati mengenai bencana sambil bersenam.




“Doa kami bersama penduduk Tonga. Kami telah menghantar pasukan tindak balas dan lebih banyak bantuan akan disalurkan,” tulisnya pada keterangan gambar tersebut.

Hantaran itu menerima kecaman hebat dengan ramai pengguna media sosial meninggalkan pelbagai komen  menyelar tindakan Henare.


“Menggunakan bencana alam hanya sebagai alat untuk meraih populariti dalam gambar-gambar bersenam di gimnasium. Anda adalah seorang badut,” kata seorang netizen.

Sementara itu, menurut laporan Newshub, Henare telah membuat permohonan maaf berhubung kontroversi gambar tersebut.

“Saya memohon maaf sekiranya gambar itu menyinggung perasaan sesiapa sahaja.

“Tujuan gambar itu dimuat naik adalah untuk meminta orang ramai menonton sidang akhbar yang diadakan (Ahad) bagi memaklumkan maklumat terperinci mengenai situasi di Tonga,” katanya ketika berdiri di sisi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 19-1-2022 08:55 AM
Euww kepamnya mcm peja yg tak berfungsi tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048900 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top