CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 702|Reply: 1

"Menteri Badut,"- Ucap Simpati Pada Mangsa Tsunami Sambil Swafoto Di Gimnasium

[Copy link]
Post time 19-1-2022 08:42 AM | Show all posts |Read mode
New Zealand– Menteri Pertahanan New Zealand, Peeni Henare dikecam netizen gara-gara memuat naik gambar swafoto di gimnasium beserta kenyataan  yang memaparkan rasa simpati beliau kepada mangsa bencana tsunami di Tonga, lapor akhbar Daily Star.


Netizen rata-rata menyifatkan hantaran itu jelas tidak sensitif kerana menzahirkan rasa simpati mengenai bencana sambil bersenam.










“Doa kami bersama penduduk Tonga. Kami telah menghantar pasukan tindak balas dan lebih banyak bantuan akan disalurkan,” tulisnya pada keterangan gambar tersebut.


Hantaran itu menerima kecaman hebat dengan ramai pengguna media sosial meninggalkan pelbagai komen  menyelar tindakan Henare.


“Menggunakan bencana alam hanya sebagai alat untuk meraih populariti dalam gambar-gambar bersenam di gimnasium. Anda adalah seorang badut,” kata seorang netizen.


Sementara itu, menurut laporan Newshub, Henare telah membuat permohonan maaf berhubung kontroversi gambar tersebut.


“Saya memohon maaf sekiranya gambar itu menyinggung perasaan sesiapa sahaja.


“Tujuan gambar itu dimuat naik adalah untuk meminta orang ramai menonton sidang akhbar yang diadakan (Ahad) bagi memaklumkan maklumat terperinci mengenai situasi di Tonga,” katanya ketika berdiri di sisi Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2022 08:55 AM | Show all posts
Euww kepamnya mcm peja yg tak berfungsi tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2026 05:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050192 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list