Ini buktinya rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tolong-menolong tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.
Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu hantaran di Facebook yang memaparkan seorang wanita bersalin di dalam sebuah kenderaan berdekatan sebuah kuil di Batu Caves pagi tadi. Menariknya, kejadian itu berlaku ketika penganut agama Hindu sedang meraikan sambutan Hari Thaipusam yang jatuh pada hari ini. Menerusi hantaran yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai LK Savantharaja, ketika kejadian dia ke kuil berkenaan untuk sembahyang.
Loading FB Post... “Ternampak sorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta. “Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak you and your baby are blessed, rasa gembira dia selamat lahirkan bayi perempuan,” tulis lelaki tersebut. Menurut lelaki yang juga seorang wartawan sebuah akhbar Tamil itu lagi, pasukan perubatan bersama sebuah ambulan tiba selepas bayi itu selamat dilahirkan. “Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan,” katanya. Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda itu serta orang ramai yang berada di kawasan kejadian kerana telah membantu keluarga tersebut. Sumber: K! ONLINE
|
hareeeesah replied at 18-1-2022 04:11 PM
Blessed oi.. Jgn kenan bkn bkn dah la mintak jauh baby kecik lg. Ngape la x keluar dr area tu awal d ...
edayildiz replied at 18-1-2022 10:15 PM
ok la kan selamat...
my boss xcuti pun arini wpn thaipussam..pelikkk lahh...deepavali xsmbt..krismas ...
musangbodoh replied at 18-1-2022 11:11 PM
ader lh tu dh bende org puja bro...
btw...blk lmbt tu pkol bape? 5.30pm ke
hareeeesah replied at 18-1-2022 03:11 PM
Blessed oi.. Jgn kenan bkn bkn dah la mintak jauh baby kecik lg. Ngape la x keluar dr area tu awal d ...
ADVERTISEMENT