CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Saya Tak Boleh Terima Ada Pegawai Menagih" - 23 Pegawai, Anggota Polis Dibuang Kerja

18-1-2022 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2483| Komen: 23

Seramai 23 pegawai dan anggota polis Pahang dibuang kerja kerana melakukan pelbagai kesalahan dalam tempoh dua tahun sejak 2020.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, tindakan itu dibuat selepas mereka yang terlibat didapati bersalah oleh mahkamah atas pelbagai kesalahan seperti penagihan dadah dan kesalahan jenayah lain.



Ramli menyampaikan sijil penghargaan kepada 30 warga IPK Pahang pada perhimpunan bulanan bagi bulan Januari 2022 di IPK Pahang di sini pada Selasa.

"Seramai 14 pegawai dan anggota direkodkan pada tahun lalu manakala tahun 2020 pula melibatkan sembilan orang. Kesalahan tertinggi yang kita kesan ialah jenayah narkotik, rasuah dan salah guna kuasa diikuti jenayah lain.


"Angka ini sangat membimbangkan kerana Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah badan penguatkuasaan undang-undang yang menjadi benteng kepada keselamatan dan ketenteraman masyarakat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perhimpunan bulanan bagi Januari 2022 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (iPK) Pahang pada Selasa.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 30 warga IPK Pahang.

Beliau menjelaskan, semua peri laku melibatkan pelbagai jenayah akan memberi kesan kepada pasukan PDRM dan boleh mencemarkan nama baik institusi keselamatan.

"Saya tidak boleh terima apabila ada pegawai polis yang menagih dadah dan ini sesuatu yang sangat malang, penyalahgunaan dadah dalam kalangan polis sedangkan kita adalah institusi yang membanteras jenayah.

“Jadi, saya tidak mahu polis Pahang ada zombi, mereka ini bukan sahaja menyusahkan penyelia dan rakan sekerja tetapi keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Kesan dadah telah kita ketahui amat buruk, risikonya bukan sahaja kepada diri malah kepada mereka yang terdekat,” ujarnya.

Ramli berkata, tindakan buang kerja itu diharap dapat dijadikan pengajaran dan peringatan kepada anggota serta pegawai lain yang sedang dalam perkhidmatan supaya tidak terlibat dengan kesalahan berkenaan.

Sebelum itu, beliau memaklumkan sebanyak 1,266 kertas siasatan pelbagai kesalahan jenayah komersial telah diselesaikan.

Katanya, bagi jenayah narkotik seramai 1,101 pembekal dan 2,687 pemilik dadah telah ditangkap pada tahun lalu.

Ramli menambah, beberapa sindiket melibatkan kes jenayah, komersial dan dadah berjaya ditumpaskan.

"Begitupun kita tidak boleh berpuas hati sebegitu sahaja, tahun ini kita akan giatkan lagi terutama dalam aspek pencegahan jenayah,” jelasnya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nikaido 18-1-2022 03:16 PM
Penjawat awam kalau sangkut dadah memang kena buang. Buat benda lain boleh dipertimbangkan lagi, selalu tukar jabatan atau hold gaji je
Quote hyie 18-1-2022 03:30 PM
nama dah kena petik dengan ES, kah? memasing panas vontot yach sekarang.
Quote saviour_09 18-1-2022 03:46 PM
hyie replied at 18-1-2022 03:30 PM
nama dah kena petik dengan ES, kah? memasing panas vontot yach sekarang.

dia ni belum kena petik lg dgn es

tp big bos narkotik abg long ayub khan suda lapor kat bukit

ramai panas ponggong laaaa
Quote sharlenetexas 18-1-2022 03:50 PM
Pegawai yg terlibat paling tinggi pangkat apa?

Quote tumpanglalu74 18-1-2022 04:57 PM
Datuk-Ramli-Mohamed-Yoosuf.jpg
Quote imanjannah 18-1-2022 05:11 PM
klu rasuah boleh terima x? tanya je..
Quote doubleharmonic 18-1-2022 08:44 PM
penagih tu dah lantik peguam suruh ko mintak maap ke belum? diorang kan tak salah takde buat jenayah ko tu jah yang kejam zalim tutup rezeki periuk nasi orang? gituh stendet ayat penjilat noreen ni semua
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 09:08 PM
Tunggu ES pecah lobang orang atasan je. Banyak yang kaki rasuah. Tunggu lah beberapa bulan lagi ada lagi beberapa anggota polis berpangkat ditangkap. ES tu macam detective Conan kot.
Quote Adrif 18-1-2022 09:10 PM
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 09:08 PM
Tunggu ES pecah lobang orang atasan je. Banyak yang kaki rasuah. Tunggu lah beberapa bulan lagi ada  ...

ES tu apa nama penuhnya? tak pernah dengar
Quote Mulotkoyak 18-1-2022 09:13 PM
Adrif replied at 18-1-2022 09:10 PM
ES tu apa nama penuhnya? tak pernah dengar


Uols ni lambat nauuuu ketapi. Edisi Siasat la uols yg kaki bongkar rahsia jenayah golongan elit ni. Follow la Twitter gah diorg tuh. Habis sekor sekor pecah lubang uols.
Quote Supersirap 18-1-2022 09:17 PM
Ingatlah penyalah gunaan dadah akan memakan diri sendiri
Quote n3ar 18-1-2022 10:01 PM
Ibarat baling batu tgh ramai2 polis.. Yg terkena besar kemungkinan ada terlibat salahlalu
Quote sharlenetexas 18-1-2022 10:03 PM
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 09:08 PM
Tunggu ES pecah lobang orang atasan je. Banyak yang kaki rasuah. Tunggu lah beberapa bulan lagi ada  ...

Khoo chin wah dulu pegang jsj.tiba2 senyap. Ada kes juga rupanya.

Quote lemak_masin 19-1-2022 12:40 AM
Siasat juga polis2 yang boroi.. nampak sgt tak wat keje..  
Quote Adrif 19-1-2022 02:08 AM
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 09:13 PM
Uols ni lambat nauuuu ketapi. Edisi Siasat la uols yg kaki bongkar rahsia jenayah golongan elit ni ...

oohhh la ye ke memang kita selalu ketinggalan ketapi, dah tua
takde twitter la.. lama tak main socmed dah. so 2010 gitu  
Quote Tinot7 19-1-2022 02:15 AM
lemak_masin replied at 19-1-2022 12:40 AM
Siasat juga polis2 yang boroi.. nampak sgt tak wat keje..

betui nih.. bkn ke deme ada ujian kesihatan apa sumer bagai tuh... sapa senang2 bg lepas jahh nih???

Quote naina 19-1-2022 07:52 AM
Mulotkoyak replied at 18-1-2022 09:13 PM
Uols ni lambat nauuuu ketapi. Edisi Siasat la uols yg kaki bongkar rahsia jenayah golongan elit ni ...

Ntah2 pegawai2 polis ni yang terlibat rasuah balak. Tu senyap je. Kenyang ooohh.
Quote naina 19-1-2022 07:54 AM
Mohon Ayob Khan buat undang2 baru. Kasi tembak jer Mana2 penagih tegar dan pengedar sekali. Hapus 2 benda ni dulu. Tak perlu takut. Undang2 kena kejam untuk jenayah yang kejam. Kalau Ayob Khan implement cara camni sure turun kes dadah. Tapi nyawa dia pula terancam.
Quote KamikuP 19-1-2022 12:53 PM
Sbb apa anak polis tak menjadi? Sbb ni lah.. hahahaha

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.043185 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top