Keretakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya, Rossa Sera angkara orang ketiga bukan lagi rahsia.
Sebelum ini, wanita itu juga beberapa kali secara terbuka meluahkan rasa hati terhadap masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Terbaru, Sera berkongsi di Instastory gambar tangkap layar dari panggilan video antara Shuk dengan dua orang anak perempuan mereka.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian beberapa tangkap layar perbualan yang dipercayai kiriman Shuk.
Bagaimanapun, paparan mesej hanyalah menunjukkan isi perbualan dari satu pihak tanpa disertakan nama pengirim.
Sukar dipastikan sama mesej berkenaan dihantar oleh pelawak itu atau hanyalah sebahagian daripada teknik pemasaran melariskan produk.
Sebelum ini, Sera menerusi sebuah video mengatakan dia nekad menurunkan berat badan kerana tiada siapa yang menyayangi andai seseorang itu tidak kelihatan menarik.
Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan masalah rumah tangga yang dialaminya.
Pun begitu, harapnya masalah rumah tangga tidak dijadikan bahan pelaris produk bimbang nanti tersingkap perkara lain yang tidak sepatutnya diketahui umum.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Ya kan drpd duk meratap sampai kemurungan berbulan2
Kena ingat bil nak kena bayor, alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Dah alang viral sana sini amik la kesempatan membuat duit.
Mana tau bila duit dh byk mesti dah tak heran ngan laki tu dah.
Hati pun dah tak sakit, duit dh byk ada pilihan nak dapat lelaki jauh lebih ok.
Tp itu kalau mmg dah berpatah arang berkerat rotan tp kalau masih gak nak berbaik2 semula ngn laki tu takleh nak kata apa2 laa.