|
Video memaparkan dua kubur kecil masing-masing ditanda dengan nama Upin Ipin mulai tersebar di media sosial. Dalam rakaman berkenaan, berdasarkan tarikh kematian pada batu nisan, Upin meninggal pada 6 Ogos 1995 manakala Ipin pada 2 April 1996. Perkongsian itu pertama kali dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, Miciners. Dia menceritakan kisah Upin Ipin yang disemadikan di kampung halamannya di Palu, Sulawesi.
Memetik laporan portal Ayosemarang.com, perakam menceritakan kononnya Upin dan Ipin terbabit dalam satu kemalangan pada tahun 1995 ketika mereka sekeluarga sedang bercuti. Perakam turut menceritakan Upin meninggal di tempat kejadian bersama kedua orang tuanya manakala Ipin pula mengalami koma. "Kemalangan itu menyebabkan Upin dan ibu bapa mereka mati di tempat kejadian. Ipin pula dalam keadaan koma dan meninggal dunia beberapa bulan kemudian," katanya. Menerusi muat naik video kedua, perakam meneruskan penceritaan kononnya ketika kejadian nenek kedua kembar itu tidak menyertai percutian mereka. Sementara itu, Kak Ros yang turut terbabit kemalangan mengalami trauma bahkan masih berhalusinasi bahawa Upin dan Ipin masih hidup. Perakam turut berkongsi sekeping gambar kanak-kanak perempuan kononnya gambar Kak Ros ketika masih kecil dan sebuah rumah yang dipercayai kediaman Upin dan Ipin. Kata perakam, gambar berkenaan diberikan kepadanya oleh seorang kenalan. Sehingga kini, kisah yang diceritakan oleh perakam menjadi perdebatan warga maya. |




so ank toyol kah




ADVERTISEMENT