CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Menyanyi Bukan Keutamaan, Elyana Nak Nikmati Hidup Dengan Besarkan Anak-Anak

17-1-2022 03:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4463| Komen: 24

Disahkan bebas kanser selepas 11 tahun berjuang, penyanyi Elyana memberitahu dia ingin menikmati kehidupan baharunya bersama anak-anak.


Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, dia tidak mahu anak-anaknya membesar hanya mengingati tentang penderitaannya sahaja.


Foto: IG


"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.

"Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.

"Tiada apa yang saya kejar lagi. Saya mahu gembira, kesihatan yang baik dan ketenangan," ujarnya kepada mStar.



lyana berkahwin dengan Khairul Anuar Husin berkahwin pada 2010.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata Cinta Sumayyah, 12 dan memiliki seorang anak angkat iaitu Cahaya Ramadhani yang kini berusia tiga tahun.

Penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu mengumumkan dia menghidap kanser selepas tersingkir daripada program Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.




Menerusi pendedahan itu, Elyana memberitahu dia menghidap penyakit itu sejak 2010 dan jangkaan awal doktor penyanyi itu hanya mampu hidup setahun sahaja.

Namun, pada 8 Disember lalu, Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Bercerita lanjut tentang perkara itu, Elyana berkata berita gembira berkenaan dianggap sebagai satu rahmat buat dirinya.





Tambahnya, dia juga pernah berasa putus asa dan reda jika tidak diberikan kesembuhan.

"Selama ini orang selalu bercakap, sabarlah kerana setiap ujian pasti ada pelangi di hadapan.

"Perkara ini terjadi kepada saya. Ini adalah pelangi yang saya nantikan.

"Pernah sebelum ini saya tidak lagi berharap akan sembuh, hanya mahu kuat untuk terus hidup," ujarnya.




Selain itu, Elyana berkata, dia masih meneruskan rawatan kemoterapi bagi memastikan sel kanser tidak kembali. -CARI

Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 17-1-2022 05:11 PM
"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.

"Inilah masanya saya cipta memori bersama anak-anak. Saya tak mahu bila besar nanti mereka hanya ingat tentang kisah ibunya sakit.
Quote jerukkedondong 17-1-2022 06:57 PM
Kuat sungguh semangat Elyana ni melawat sakit..11 tahun satu tempoh yg sngt panjang dn Alhmdulillah Allah bg dia suami yg sentiasa sabar dn setia dgn nya..Rezeki dia..
Moga terus kuat dn positif
Quote ufc148 17-1-2022 07:58 PM
Syukur alhamdulillah, moga Eliana dalam lindungan dan dirahmati olehNya
Quote grosouraus 17-1-2022 08:20 PM
Anak elyana yg sulung nmpk matang....mungkin dari kecil membesar tgk ibu dia bertarung dgn penyakit...
Quote bluecrystal 17-1-2022 08:42 PM
Terharu pulak baca...semoga berbahagia la hendaknya
Quote woven11 17-1-2022 11:35 PM
Alhamdulillah. Hepi tgk elyana dah bebas kanser. Waktu yang tepat utk sheols enjoy luangkan masa bersama anak2
Quote CinnamonR 18-1-2022 07:29 AM
Alhamdulillah..anak dia tu mmg muka dia..cantik
Quote zafira 18-1-2022 07:35 AM
Semoga dipermudahkan..
Quote Lampuled 18-1-2022 07:38 AM
Alhamdulillah..
Dia seorang yg kuat dan tabah.
Dikurniakan org org sekeliling yg sentiasa memberi support tanpa jemu juga satu nikmat Allah.

Tahniah untuk dia dan org2 sekeliling yg menjaga dia.
Quote dudaberhias 18-1-2022 07:41 AM
Kurusnya elyana... Dulu hengat sheolsss punya lama la cancer sampai dah stage 5, tapi terdetik kekadang nak kata propa, tapi kalau propa takkan la cengkung sampai tahap gitu kan... Mujur dah hilang dah cancer dia, semoga panjang umurnya dan diberikan kesihatan yang sihat sentiasa.
Quote GegarVaganja 18-1-2022 08:24 AM
Ganja always support you Nana.
Once in a while nyanyi2 live kat IG pun xpe.
Sayang la, Ganja suka lagu2 uolls.

On another note, semoga uolls terus sihst sejahtera dan happy2 di samping keluarga tercinta.


Quote beta_carotene 18-1-2022 08:34 AM
Alhamdulillah..semoga Elyana sentiasa diberi kesihatan..
You are indeed a survivor..

Dulu sheols dikecam sbb amik anak angkat despite ada kanser.. meols pun dulu xsetuju dgn keputusan sheols..alhamdulillah anak itu pun dh membesar dgn baik ..
Quote beta_carotene 18-1-2022 08:36 AM
GegarVaganja replied at 18-1-2022 07:24 AM
Ganja always support you Nana.
Once in a while nyanyi2 live kat IG pun xpe.
Sayang la, Ganja suka la ...

sheols banyak buat cover2 lagu kat sosmed kan? paling sedih meols rasa cover lagu sepi yuni shara..
[youtube]R3oRHiGe5vs[/youtube]




Quote GegarVaganja 18-1-2022 08:41 AM
beta_carotene replied at 18-1-2022 08:36 AM
sheols banyak buat cover2 lagu kat sosmed kan? paling sedih meols rasa cover lagu sepi yuni shara. ...

Sayang la sheolls join GV time Queen2 masuk bertanding. Memang payah nak beat la kan.
Sedap jugak dia cover2 lagu orang. Hopefully lepas ni tak stop la.

Quote scrocth 18-1-2022 08:45 AM
CARI-MRO replied at 17-1-2022 05:11 PM
"Sudah 22 tahun saya terlibat dalam industri ini dan sudah puas bekerja.

"Inilah masanya saya cipta ...

somehow meols adore dgn cara dia handle kehidupan. Ikutkan sheols still muda baru 35 kan? tp yelah dh kerja dari form2. igt lagi lagu niat tu popular sekitar 2001/2002. dh lalui macam2 transisi dalam hidup. dulu rasa mcm nk terikut2 jer jd mcm dia yang carefree, stylo mylo, nak2 masa zaman tak tercapai akalmu dan dunia baru. Syukur she dah pulih sepenuhnya dan decide nak fokus dgn family ja. Good decision nana. Berhempas pulas dgn kerjaya dalam industri yang xstabil pun boleh buat kita depressed and myb bole triggered blk sel kanser tu kan?
Quote xtinkerbellx 18-1-2022 03:32 PM
Cantik anak dia
Quote fadz84 18-1-2022 03:52 PM
Gmbar anak dia yg duk atas katil tu persis dia masa zmn2 dia popular dulu..
Quote TeropongThaico 18-1-2022 03:55 PM
Keputusan yg tepat. Cipta semula memori indah bersama keluarga. Tak perlu lg berkejaran ke sana sini sbb masa sakit pun suami blh sara keperluan sekeluarga.
Ai doakan yg Allah bahagiakan & beri yg terbaik buat dia sekeluarga
Quote Solokkk 18-1-2022 11:05 PM
Cantik anaknya. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.040547 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top