CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Curi Tabung Masjid: Hukuman Penjara Diganti Dengan Khidmat Masyarakat

17-1-2022 02:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1988| Komen: 24

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini hari ini, mengenepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 terhadap remaja yang dimandikan seperti jenazah, atas kesalahan cubaan mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang minggu lalu.


Hakim, Datuk Abd Halim Aman, membuat keputusan terbabit terhadap Daniel Iskandar, 19 dan menggantikan hukuman itu kepada khidmat masyarakat selama 120 jam bagi tempoh enam bulan.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.


Foto: BERNAMA

Dalam kes itu, pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Norhana Sahat, manakala pesalah muda itu diwakili peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali, Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khszairy.


Turut peguam Haniff Khatri Abdulla, Muhammad Hariz Yusoff, Nur Fatin Syakinah Kamarudin, Ahmad Khalil Md Rofiee dan Muhammad Mustaqim Ahmad Huzaini bagi Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), manakala Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie sebagai peguam pemerhati bagi Masjid Al Islahiah, Kuang, Rawang.

Minggu lalu, media melaporkan seorang remaja yang tular selepas dimandikan seperti jenazah, dipenjara 10 hari dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Selayang kerana cuba mencuri tabung masjid di Kuang, Rawang.

Daniel yang juga penganggur dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mooverine 17-1-2022 02:45 PM
masuk pusat pemulihan dadah jtak? setakat buat khidmat masyarakat, silap-silap jadi repeat offender
Quote jari10 17-1-2022 03:09 PM
Wow berderet lawyer..hebatnya kamu! Ada sesaper boleh explain prosedur ini ngape ramai sgt peguamnya..ni kira peguambela ya? Ini barulah dikatakan BARISAN peguam kot ya
Quote Timortimur 17-1-2022 03:15 PM
Kesian atuknya
Baru nak rasa lega biawak pulang ke pangkuan
Kenapa salah seorg lawyer @ yg menyokong dia tak bwk balik rmh jaga?
Jgn atuknya plk yg kena hempuk nti
Quote azie5zoe 17-1-2022 03:43 PM
Iols pula yang terasa risau bagi pihak atuk dia, kot2 jadi macam kes yang kat kuala selangor tu. Tapi diharap budak tu dapatlah pengajaran dan kesedaran.
Quote honeybee1802 17-1-2022 04:29 PM
azie5zoe replied at 17-1-2022 03:43 PM
Iols pula yang terasa risau bagi pihak atuk dia, kot2 jadi macam kes yang kat kuala selangor tu. Tap ...

Tu la...mohon barisan pembela dia bwk2 la check air kencing seminggu sekali...igt senang2 penagih nak berenti...
Quote azimodin 17-1-2022 04:29 PM
Senangnya hidup kat malaysia ni ye. Buat muka kesian sikit lepas viral terus dapat hukuman ala2 kena slap on the wrist gitu. Silap2 habis orang kampung jadi mangsa. Tengok je la berapa banyak kes pendadih sembelih oeang disekeliling. Pendadih septutnya dicampak ke tasik dipenuhi pirana.
Quote Farhaz 17-1-2022 04:30 PM
Harap sementara diberi peluang ni dapat la adik ni insaf. Berfikir sejenak. Sayang kot umur muda disia2 dek najis dadah. Pastu ubah la diri tu. Sis doakan. Tibeh..
Quote azie5zoe 17-1-2022 04:40 PM
honeybee1802 replied at 17-1-2022 04:29 PM
Tu la...mohon barisan pembela dia bwk2 la check air kencing seminggu sekali...igt senang2 penagih  ...

Kan, setiap kali buat program buat check air kencing sekali.

Quote honeybee1802 17-1-2022 04:55 PM
azie5zoe replied at 17-1-2022 04:40 PM
Kan, setiap kali buat program buat check air kencing sekali.

Kalo dah penagih bukan senang2 berenti kak...tak kira la penagih apa pun...kang dibuat apa2 plak kt atuk dia...akak ni dah tua2 kesian kt org tua...kalo betul nak berubah ko berubah la nak..tp bukan senang la org nak terima ...
Quote xy_daen 17-1-2022 04:58 PM
Semoga kepala Atok tak kena penggal kelak...
Quote I.K.A888990 17-1-2022 07:48 PM
aku kesian kat atuk dia je
budak ni mst bangga giler lawyer bela dia pastu komen2 plak ada yg simpati kat dia. giler mentaliti netizen skrg. jgn kau mendadih lagi sudah la dik oi
Quote glump 17-1-2022 09:04 PM
Dia forum bercerita Daniel nie lalok,penagih tapi dia media arus perdana tiada berbunyi dia penagih .jadi penagih yg terpelihara nampaknya
Quote sharlenetexas 17-1-2022 09:06 PM
Harapnya insaflah dik oi sampaikan tok mail lembab pun beri perhatian. Kalau tak insaf juga baik transfer ke alam sana.

Quote Rynaf 17-1-2022 09:40 PM
Aku risaukan atuk dia. Semoga atuk dia tak terima nasib yang sama macam kes sembelih tu.
Quote Suchi 17-1-2022 09:43 PM
Mak ayah dia mana? Kenapa atuk dia plak yg jaga dia? Muka atuk dah viral satu malaysia tp mak ayah budak ni hidup lagi ke? Takde plak bersuara apa2
Quote Zack8hunter 17-1-2022 10:14 PM
Huntung la ko dik.. Imam dan AJK surau pulak yg kene buat permohonan maaf secara terbuka..libtard berpesta meraikn kemenangan
Quote Decaffeinated 17-1-2022 10:46 PM
aku kesian dgn majistret yang bagi the earlier sentence.

harap netizen boleh bagi sokongan moral pada beliau.

Quote pyropura 18-1-2022 01:50 AM
Convert hukom.penjara pada imam yg.muka pecah rumah takde nur tuh
Quote renko 18-1-2022 07:42 AM
Bahlol..pencuri buat cerita dongeng kesian sikit terus monyet2 so called netizen jd simpati..patut lah scammer membiak dengan jayanya dekat malaysia.. sebab ramai puak dungu cepat kesian tak bertempat

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.068329 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top