Setelah pelbagai kecaman diterima oleh netizen tentang rumahtangganya, kali ini Caprice telah 'menegur' anaknya sendiri, Aleesya Sofea yang melakukan aksi yang kurang sopan ketika menari.
Caprice berkongsi kejadian tersebut melalui Instagram ketika diajak menari bersama oleh anaknya pada waktu pagi.
Pada akhir tarian tersebut, Caprice terkejut dan terus 'menegur' anaknya yang menari dengan gaya bertudung yang tiba-tiba menayangkan aksi menggoyangkan punggung.
Netizen turut komen video tersebut kerana terhibur dengan aksi Caprice yang seakan-akan membebel pada anaknya dengan mengatakan "why do you that?" sambil menunjukkan semula aksi kurang sopan itu walaupun suara tegurannya tidak didengari melalui video tersebut tapi boleh difahami melalui gerak-geri mulutnya. Rata-rata netizen merasakan aksi tarian itu comel dan turut menasihati anaknya supaya menjadi anak yang baik. Tidak kurang juga yang memberi teguran 'pedas'. Caprice pandai melayan anaknya dan semoga dapat mendidik Aleesya menjadi anak yang solehah hingga dia dewasa nanti. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|