CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dedah Sukar Dapat Kawan Baik Kerana Terlalu Cantik

17-1-2022 12:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3957| Komen: 53|Original author: tatod

Description: Seorang wanita dikenali sebagai Ariana mendakwa dia terdesak untuk memiliki rakan baik namun sukar menjalinkan hubungan persahabatan dengan mana-mana gadis kerana kejelitaannya.Ariana yang mempunyai h ...


Seorang wanita dikenali sebagai Ariana mendakwa dia terdesak untuk memiliki rakan baik namun sukar menjalinkan hubungan persahabatan dengan mana-mana gadis kerana kejelitaannya.

Ariana yang mempunyai hampir 50,000 pengikut di TikTok mendedahkan 'pretty privilege' dimilikinya itu telah mengganggu kehidupannya menyebabkan dia terpaksa bergelut lebih keras untuk mencari rakan.

Memetik laporan Mirror.co.uk, Ariana sudah menjangkakan akan menerima serangan daripada warga maya apabila membahaskan kesan negatif daripada 'pretty privilege' yang dimilikinya.


Dia berkata, keistimewaan seperti itu wujud dan mengakui kelebihan itu juga mampu menjadikan kehidupan seseorang lebih mudah. Bagaimanapun, dikurniakan dengan 'pretty privilege' turut mempunyai kesan negatif.



"Jarang sekali individu mendedahkan sisi buruk mengenai kelebihan itu. Oleh itu, saya akan kongsikan pengalaman saya sendiri.

"Saya tidak mempunyai ramai rakan wanita. Sudah lama saya bergelut untuk menambah kenalan wanita namun tidak berhasil. Saya tidak faham kenapa ia terlalu sukar.

"Awalnya, ramai yang ingin meluangkan masa bersama saya tetapi apabila saya lebih menonjol berbanding yang lain, tiba-tiba saya menjadi bahan umpatan mereka," katanya.


Sering berhadapan situasi itu ketika masih menuntut di universiti, Ariana selalu mengadu kepada keluarganya setiap kali berhadapan dengan masalah sama. Perkara itu juga menyebabkan dia lebih selesa berkawan dengan lelaki.

"Saya ikhlas untuk bersahabat. Saya rasa sunyi dan penat berhadapan dengan individu yang menanggap kecantikan itu adalah satu pertandingan. Kita semua cantik dan menawan, bolehkah kita semua berkawan?" katanya.


Di Malaysia, siapa agaknya yang ada kelebihan seperti ini? -CARI




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zack8hunter 17-1-2022 12:47 PM
alah2 verangan nya ko
Quote cmf_premierleag 17-1-2022 12:48 PM
tak cantik pun. cantik lagi hana aqeela,sofia barakbah dan amyra rosli
Quote Artemesiaa 17-1-2022 01:43 PM
Biasa je mana cantiknya
Quote uori 17-1-2022 01:49 PM
sian gila
Quote azie5zoe 17-1-2022 01:50 PM
Alah, cuba ko tanggalkan mekap, sesilap macam muka aku gak hmmmm...
Quote asamfish 17-1-2022 02:05 PM
Perghhhh...perasan tahap langit ketujuh!  Org tak suka sbb annoyed dgn perangai perasan dia tu yang beno nya...
Quote BartholomewKuma 17-1-2022 02:09 PM
Supa pelaq ja aku tengok
Quote ninja9 17-1-2022 02:19 PM
cmf_premierleag replied at 17-1-2022 12:48 PM
tak cantik pun. cantik lagi hana aqeela,sofia barakbah dan amyra rosli

wow semua cantik2lah, klu tengok ni masih tak cantik tak tau dah ckp apa.... tp yg kat atas pun bagi aku dah cantik

Quote Simunggu 17-1-2022 02:20 PM
hamud hamud..
Quote ChildrenOfBodom 17-1-2022 02:20 PM
bootleg version of dua lipa
Quote anish911 17-1-2022 02:21 PM
Ni jenis2 yg perasan “main character”.. jenis yg anggap kwn2 tu sekadar dayang2nya ja
Quote darkness 17-1-2022 02:24 PM
Mata kau cantik
Quote sukacactus 17-1-2022 02:27 PM
Aku ok je berkawan dgn yg cantik2 sebab aku xkisah pun xjd perhatian lelaki
Aman hidup aku
Quote fizamn 17-1-2022 02:37 PM
bohong sgt sgt.. selena gomez yg cun kaya berpengaruh idok la poyo kamu ni hehehhe
Quote krustykrab 17-1-2022 02:37 PM
Biasa je..idak ler cantik wow pun
Quote aint 17-1-2022 02:39 PM
cantik macam p**nstar...
Quote umbut 17-1-2022 02:53 PM
Tak cantik pun. Cam w**&&.
Quote lilacomot 17-1-2022 02:53 PM
aku suka je kwn ngn pompuan cntik..ramai kengkwn aku cntik...bila ade jejantan yg nk ngorat..depa blanja kwn aku ngan aku skali..untung kan
Quote Supersirap 17-1-2022 03:51 PM
Biar kawan x ramai, musuh jangan sesekali ada

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.100017 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top