CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

20 Tahun Sakit Perut, Rupa-Rupanya Ada Gunting Tertinggal Dalam Perut

17-1-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1242| Komen: 13

Dhaka: Seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang sering dialaminya sejak 20 tahun diakibatkan oleh sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.

Bachena Khatun, 55, mula sering mengalami sakit perut selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik Chuadanga pada 2002.

Beberapa hari selepas pembedahan itu, Khatun pergi ke semula klinik tersebut untuk memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya.


Foto: Agensi

Namun, doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan menasihatkan wanita itu supaya tidak perlu risau mengenainya.


Diakibatkan oleh rasa sakit yang berterusan, Khatun berjumpa dengan doktor lain dan hasilnya sama, malah dia diberi ubat tahan sakit untuk meredakan keadaan.

Tahun demi tahun, wanita itu terpaksa menjual haiwan ternakannya dan sejumlah aset bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit perutnya.

Akhirnya, Khatun pergi ke hospital bagi menjalani imbasan sinar X dan doktor terkejut selepas mendapati terdapat sebilah gunting di dalam perut wanita itu, sekali gus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.

Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar dan kini, keadaan Khatun semakin pulih. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 17-1-2022 11:54 AM
halah2 kak tun

patut lh dr. cari gunting x jumpa


Quote babelina 17-1-2022 12:35 PM
mcm2 hal.. kwn aku cousin dia sakit perut pas bersalin..pe*** berbau.. rupanya masa jahit ada kain outih dlm tu..
Quote Artemesiaa 17-1-2022 12:37 PM
Jelas ada kecuaian elok saman je spital tempat dia operate dulu tu.
Quote ninja9 17-1-2022 02:27 PM
kesiannya. saman sajalah hospital tu
Quote Shazid 17-1-2022 03:38 PM
Kesiannya sampai die bergolok gadai....tau2 salah doktor
Quote akusukaq 17-1-2022 06:09 PM
Saman jangan tak saman
Quote intan244 17-1-2022 09:00 PM
saman, jgn biar benda berulang kat org lain plak. dgq pon dah seriau.
Quote kucim 17-1-2022 09:12 PM
Moga kita semua tak tergolong dlm golongan yg sebegini ketika ada pembedahan kelak....
Quote Firenzza 17-1-2022 09:15 PM
Nasib baik Dr yg operate x ngeteh sambil belah perut klau x, sudu, cawan  pinggan mangkuk pun ditinggal dlm perut
Quote Solokkk 17-1-2022 11:41 PM
Sila saman doktor tuh
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 01:05 PM
Kawan aku cerite kat UK dulu dia student medic.  Ade subang nurse masok perot.  Gile..
Quote TOPwind 18-1-2022 01:39 PM

kat sini lawyer arang  hangus pasti menang

tapi kat India dua2 lawyernya arang hangus

agak2  arang yg mana menang?
Quote tumpanglalu74 18-1-2022 02:09 PM
Bayangkan..

istockphoto-1133558280-1024x1024.jpg

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.044780 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top