Kes Jahidah Nordin yang parah dipukul suami pada pertengahan tahun lalu tidak mungkin dapat dilupakan begitu saja. Bukan hanya mengalami pendarahan dalam otak, wanita itu juga mengalami kecederaan teruk di belakang badannya serta beberapa tulang rusuk retak dan patah. Lebih memilukan, Jahidah menjadi mangsa keganasan rumahtangga ketika sedang hamil anak sulung hasil perkahwinannya dengan Rosmaini Abd Raof. Jahidah yang selamat melahirkan anak lelaki, J Ehsan Nufail secara pembedahan Disember lalu kini dijaga sepenuhnya oleh adiknya, Fauziah. Menerusi TikTok, Fauziah memuat naik video Nufail yang sedang tidur lena dan kelihatan tenang disamping ibunya. Paparan video berkenaan mengundang sebak warga maya yang melihat keadaan Jahidah yang terlantar kaku dan secara fizikal tidak berdaya menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya.
"Kakak sekarang separuh koma. Masih terlantar. Hanya sesekali mampu mengeluarkan air mata apabila Nufail diletakkan di sebelahnya. Mata dia redup sangat. Terima kasih mendoakan," katanya. Terdahulu, pada Mei 2021, media Malaysia melaporkan Jahidah bertarung nyawa akibat kecederaan serius disyaki dipukul suami sendiri. Kecederaan dialaminya sangat teruk hingga menyebabkan dia koma. Jahidah juga mengalami pendarahan dalam otak, wanita itu terpaksa menjalani pembedahan yang mengambil masa selama 12 jam. Pada Julai 2021, Jahidah menunjukkan petanda positif apabila bola matanya bergerak dan jarinya sudah boleh menggenggam objek. Matanya juga mulai berkelip-kelip. Bagaimanapun, akibat kerosakan otak, doktor pakar Jahidah tidak akan kembali seperti dahulu. Sementara itu, pada Jun 2021, Rosmaini yang mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah. ![]() Sumber Harian Metro |
darkness replied at 17-1-2022 03:34 PM
Jangan ja esok lusa priska aka trisna masuk berita koma kena pukul laki dia jangan ingat laki ...
tikusmontok replied at 17-1-2022 03:43 PM
Rasa macam nak aminkan
Sementara itu, pada Jun 2021, Rosmaini yang mempunyai tiga orang isteri dan tujuh orang anak mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Jahidah.
hareeeesah replied at 17-1-2022 12:59 PM
I still cant brain cmna ada 3 isteri? Still 3 or dah ex? Mana pegi yg lg 2 xde tampil bagi statement ...
ADVERTISEMENT