|
Sumber: Twitter Fedtri Yahya Macam mana kalau tiba-tiba pasangan kita cakap yang dia dah tak suci sebab pernah dirogol sebelum nak kahwin dengan kita dan dalam masa yang sama dia juga anak luar nikah? Adakah kita masih boleh terima dia atau kena fikir dua kali? Inilah yang berlaku kepada seorang lelaki yang telah berkongsikan cerita dia dekat di Twitter Fedtri Yahya.
Isteri lelaki yang tidak diketahui namanya telah menceritakan bahawa dia telah dirogol sebelum dia berkahwin dengan lelaki itu dan lelaki itu menerimanya. Tetapi selepas tiga tahun berkahwin, bapa mentuanya telah mengaku bahawa isterinya itu merupakan anak tidak sah taraf. Jadi lelaki ini amat terkejut dengan berita itu dan kemudian jadi buntu sama ada nak teruskan perkahwinan dengan wanita yang dia cintai itu atau tidak kerana dia kecewa dan berasakan dirinya ditipu oleh bapa mertuanya. Katanya dia tahu yang seks bukanlah segalanya dalam sesebuah perkahwinan, tapi lelaki ini kecewa kerana dia tidak dapat wanita yang mempunyai 'mahkota idaman lelaki'. Perkara ini sering kali bermain di fikirannya sehingga menjadi satu isu besar, setiap kali bergaduh juga lelaki ini akan mengungkit semua kisah ini. Dia juga meminta pendapat kepada warga Twitter tentang cara untuk 'merelakan' perasaannya. Perkongsian lelaki ini telah mendapat perhatian warga Twitter dan rata-ratanya menasihati supaya lelaki tersebut tidak tidak meletakkan kesalahan itu kepada isterinya. Hal ini kerana, isterinya telah menjadi mangsa rogol dan status anak luar nikah itu bukan pilihan isterinya. Tidak sepatutnya lelaki itu meneruskan perkahwinan mereka jika 'isu dara' ini menjadi satu beban buatnya dan berita tentang isterinya merupakan anak bukan sah taraf akan memburukkan lagi keadaan. Terdapat juga netizen yang memberikan kata-kata positif dan menyuarakan pendapat bahawa isu tiada dara dan anar luar nikah bukan satu penghalang untuk seseorang mencari bahagia kerana semua orang layak untuk merasa bahagia bersama yang tercinta. Moga diberikan petunjuk kepada lelaki ini dan semoga lelaki ini redha serta dapat berbincang dengan baik bersama isterinya. Mana mungkin perasaan sayang itu hilang kerana sudah 3 tahun berumahtangga kan? Moga baik-baik sahaja untuk mereka. -CARI |

matjerk replied at 17-1-2022 03:21 PM
Lain kali jgn la mengarang masa tgh high... susah nak paham..
Maksudnya.. bini bgtau dia dirogol.. ...

kat poen tak de mahkota pun.jazaa100 replied at 17-1-2022 02:47 PM
Eh bangang lah sgt.....
Yg kau terima dulu dah knp?...pastu kau nk ungkit mahkota tak mah kota..... ...
kucim replied at 17-1-2022 09:06 PM
Mentaliti lelaki tetap begitu..mempertikai kesucian wanita walhal diri sendiri entah siapa yg tahu.. ...
Tembikaigoreng replied at 17-1-2022 08:02 PM
Kesian ..kawin nak ngesek je. Macamlah rasanya lain kalau xde mahkota. Menyampah jenis jejanans yg n ...
annehuda replied at 17-1-2022 04:59 PM
3 thn kawen anak 2, maksudnye aktif gakla sex life die ni. tu yg laki tu dah bosan nak cari yg baru ...
krustykrab replied at 17-1-2022 04:53 PM
Mahkota apa yg ko nak hanat? kat poen tak de mahkota pun.
Rasanya jantan ni dh ada gf ni tu yg ...
pxlbb replied at 17-1-2022 09:05 PM
Cerai bini hang suruh dia cari laki lain. Janda zaman skrg on hot market yach.
matjerk: Lain kali jgn la mengarang mas ...
ADVERTISEMENT