Mahu mengembangkan lagi karier lakonannya menerusi platform penstriman video, pelakon Tiz Zaqyah mencabar diri menerima tawaran membintangi drama bersiri eksklusif WeTV berjudul Villa Kristal.
Kata Tiz, 33, menerusi platform berbayar itu dia dapat melakonkan banyak babak dan aksi yang mungkin tidak boleh dilakukan untuk siaran televisyen. "Berlakon dalam premium series seperti ini memang berbeza sebab ia bukan untuk tayangan televisyen... antara cabaran dalam drama ini apabila ada babak saya perlu mandi bunga untuk buang suwey (bala) watak Dayana yang dilakonkan oleh saya, memang selama ini tak pernah buat babak macam itu.
"Penggambaran dilakukan pada waktu pagi dalam rumah yang berselerak dengan kamera, bunga dan air. Itu la kali pertama saya buat babak seumpama itu. "Ada juga babak-babak lain yang tidak boleh ditayangkan di televisyen ditonjolkan dalam drama ini... sebagai pelakon kalau boleh kita nak buat macam-macam scene tapi sebab stesen televisyen ada tapisannya jadi melalui platform ini memang sesuai," katanya kepada mStar.
|
babelina replied at 17-1-2022 09:20 AM
TZ mmg cool.. ada bf dia tayang.. bila clash.. dia bgtaw n move on.. wat rileks jer.. moga berjodoha ...
ADVERTISEMENT