Pelakon kacak, Mas Khan atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan ada berkongsi dengan pengikutnya di Instagram tentang kekayaan dan pendapatan yang diperolehinya hingga mencapai 5 angka dalam beberapa jam saja.
Menerusi hantaran berkenaan, pelakon berusia 28 tahun yang mesra disapa Sifu oleh para pengikutnya itu mendedahkan dia menjana pendapatan sebanyak hampir RM42 ribu dalam masa 6 jam sahaja setelah mempunyai ilmu dalam perdagangan.
Katanya lagi, pada 3 tahun lepas dia telah membayar hampir RM 4 ribu lebih untuk mempelajari ilmu perdagangan dan kini dia berjaya mendapat "hasil besar" daripada ilmu perdagangan yang dipelajari.
Perkongsian Mas mendapat pelbagai respon daripada netizen di mana rata-ratanya kagum dan teruja dengan pencapaiannya itu.
Selain perdagangan secara atas talian, Mas turut turut menjalankan perniagaan chalet Mas Bro Village di Melaka dan Mas Bro Hidden Village di Lenggong, Perak.
Pada November tahun lalu, Mas Khan membuat kejutan apabila melamar kekasihnya, Diana Nasimuddin yang juga merupakan ibu tunggal tiga anak. - CARI