Lebuh-raya berkembar Bukit Kukus di Paya Terubong di George Town, Pulau Pinang yang setinggi 61.5 meter mula dibuka kepada orang ramai. Ia merupakan ikon terbaru di Pulau Pinang apabila melakar rekod sebagai lebuh-raya paling tertinggi di Malaysia! Dijangkakan lebuhraya itu dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di negeri Pulau Mutiara sebanyak 30 peratus, menurut Ketua Menteri Chow Kon Yeow, selepas 6 tahun mengharungi pelbagai cabaran akhirnya lebuhraya dibuka. Dikatakan kos pembinaan dan pengambilan tanah ditanggung oleh MBPP sebanyak RM378 Juta dan projek dilakukan untuk menampung perkembangan pesat negeri tersebut berikutan jumlah trafik di kawasan berkenaan. Projek berkenaan terbahagi kepada tiga bahagian dengan dua daripadanya dibiayai oleh pihak pemaju swasta berikutan jajaran jalan berkenaan yang dijangka siap pada 2025, menyentuh isu keselamatan, Setiausaha Bandaraya MBPP lr A, Rajendran berkata projek itu direka mengikut piawaian Malaysia Standard (MS) dengan mengambil kira kawalan had laju, radius selekoh, laluan penjalan kaki, saluran perparitan. Projek ini juga mendapat khidmat rundingan daripada syarikat yang berpengalaman termasuk melantik pakar geologi untuk mengkaji cerun. Projek ini telah menelan kos sebanyak RM545.6 Juta sepanjang 5.5 km yang menghubungkan tiga laluan utama iaitu Paya terubong (Jalan Thean Teik), Bukit Jambul dan Balik Pulau - Jalan Tun Sardon. Ia juga pernah menjadi kontroversi apabila sebahagian struktur pembinaan runtuh dan mengorbankan 9 mangsa dalam kejadian Oktober 2018. -CARI |
akuHavocczz replied at 15-1-2022 09:47 AM
Nak kena cakap WOW ke
ADVERTISEMENT