Aisyah antara individu yang tersenarai sebagai penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Keputeraan ke-74 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhriz Tuanku Munawir pada Jumaat.
Menurut mStar Online, Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 57, menerima Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS) yang membawa gelaran Datuk. Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di Kuala Pilah. Selain itu, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain mendahului senarai seramai 410 penerima anugerah kebesaran lain.
Antara nama lain yang turut dikurniakan DBNS adalah Ahli Dewan Negara Senator Dr Ahmad Azam Hamzah, Pengarah Urusan & Rakan Operasi McDonalds Malaysia, Azmir Jaafar dan Pakar Perunding Kardiologi Dr. Asri Abdullah Ramaiah. Ketika aktif dalam dunia politik sekitar tahun 2013, Aishah pernah bertanding di Parlimen Jempol, Negeri Sembilan mewakili parti PAS. Nama Aishah mula terukir sebagai penyanyi pada awal tahun 1980-an bersama Aishah and The Fab Club. Pemenang Anugerah Juara Lagu kelima (AJL5) pada tahun 1990 ini juga pernah bergelar juara Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017. Tahniah Aishah.-CARI
|
ezacbee replied at 14-1-2022 03:39 PM
Tahniah! Datuk N9 ok lagi dpd Datuk negeri yg lagi satu tu...
innocentsangat replied at 14-1-2022 03:48 PM
Hahahahaha. Haippp. Tp if u jadi retis n negeri tu bg. U terima or tolak?
innocentsangat replied at 14-1-2022 03:48 PM
Hahahahaha. Haippp. Tp if u jadi retis n negeri tu bg. U terima or tolak?
GegarVaganja replied at 14-1-2022 03:51 PM
Oh. Next year dah boleh jadi juri GV la Tok Chah.
Tahniahhhh
ADVERTISEMENT